'Bertemu denganmu adalah takdir, menjadi temanmu adalah pilihanku tapi jatuh cinta denganmu adalah diluar kemampuanku.'
Dari jauh Umairah sudah nampak tubuh Umar yang sedang duduk berseorangan di kawasan kafe. Cepat betul lelaki ini sampai. Jam tangan dilihatnya. Ada lagi 5 minit sebelum menginjak ke jam 5 petang.
Langkah dipercepatkan. Terasa semput dirinya apabila berjalan terlalu laju tapi dia tetap meneruskan kelajuan. Takut jika Umar mengotakan janjinya sebentar tadi.
Umar dilihatnya sedang khusyuk memandang telefon ditangan tanpa sedar kehadirannya. Tanpa sebarang salam dan teguran, kerusi kosong di depan Umar terus ditarik dan melabuh duduk. Tangan mengibas wajah menggunakan tangan. Panas.
Umar mengangkat kepalanya apabila bunyi tarikan kerusi di depannya. Wajah Umairah yang sudah kemerahan akibat kepanasan itu ditatapnya.
Pandangan Umar padanya dia hiraukan. Malas mahu menegur lelaki itu. Kalau dia berbicara baik-baik pun bukan Umar membalas dengan elok. Ada saja perlian dan cacian akan keluar dari mulut lelaki itu. Jadi ada baiknya dia diam sahaja.
"Kau baru balik dari lumba lari ke apa?" Tanya Umar memulakan bicara. Umairah masih mengibas-ngibas wajah. Sudah seperti udang kena bakar wajah putih itu.
"Haah baru balik fun run." Umairah menjawab sambil menjeling. Walaupun masih ada terselit rasa takut apabila melihat Umar, dia cuba memberanikan diri.
"Dah pandai menjawab ya kau sekarang." Panas pula dia melihat Umairah versi baru ini. Jika dulu gadis ini akan diam menikus saja apabila dia berkata apa-apa tetapi sekarang bibir merah itu sudah pandai menjawab kata-kata sinisnya. Tak takut kena terkam lagi gamaknya.
"Dah awak tanya. Saya jawab la. Nanti kalau saya tak jawab, awak marah pulak."
Semakin panas Umar Qaiser mendengar balasan Umairah. Tanpa izin gadis itu, tangan Umairah dicapainya dan ditarik bangun.
Umairah tersentak dengan pegangan Umar padanya. Dia cuba menarik tanganya tetapi pegangan Umar terlalu erat. Pegangan itu sama seperti malam di mana dia hampir dirogol Umar.
"Lepaslah. Awak ni suka sangat sentuh-sentuh saya." Marah Umairah kuat.
Beberapa orang pelajar yang sedang duduk menikmati makanan hanya memandang babak drama yang ditayang mereka.
"Lepaslah. Awak buat saya takut tahu tak?" Umairah masih memberontak.
Umar memekakkan telinga mendengar bebelan Umairah. Tangan gadis itu ditarik sehingga ke kereta audi miliknya. Pintu bahagian penumpang dibuka dan menolak Umairah ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup semula.
Melihat Umar mahu berlalu ke bahagian pemandu, laju Umairah membuka pintu kereta semula tetapi tangan Umar lebih pantas menahan.
"Kalau kau keluar, aku rogol kau dekat sini." Ugut Umar bersama senyuman gatal. Dia tahu Umairah masih takut dengannya tetapi gadis itu sengaja tunjuk berani.
Laju Umairah menutup pintu kereta semula. Seatbelt dipasang terus. Tangan memeluk tubuh. Takut!
"Tahu pun takut." Ujar Umar antara dengar dan tidak. Enjin kereta dihidupkan dan terus berlalu meninggalkan kawasan universiti.
Hampir lima belas minit perjalanan, Umar memberhentikan kereta di sebuah taman permainan. Umairah memandang hairan. Apa yang mereka mahu buat disini?
"Kita nak buat apa dekat sini?" Umairah bertanya lurus. Wajah Umar disebelahnya ditatap sekilas.
Pertanyaan Umairah dibiarkan. Tubuh disandarkan selesa pada kerusi. Mata merenung jauh melihat kanak-kanak yang sibuk bermain bersama rakan-rakan. Keluhan dilepaskan tanpa sedar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomantikDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
