🍁B A B 7

3.8K 300 30
                                    

'Jangan marah pada takdir Allah sebaliknya belajar sesuatu dari apa yang Allah takdirkan.'

Bunyi enjin kereta memasuki laman rumah membuatkan jari Umar Qaiser berhenti menaip kertas-kertas kerja. Punggung di angkat dari kerusi dan mendekati tingkap untuk melihat. Mommy dan daddy rupanya.

Jam tangan dikerling. 6 petang. Kaki bergerak menghampiri pintu bilik untuk turun ke bawah.

"Mommy, daddy." Tegurnya sebaik saja sampai di ruang tamu. Datin Aini dan Dato' Uthman sudah tersandar kepenatan.

Tangan diangkat sedikit tanda membalas teguran Umar. Umar mengambil tempat disisi Datin Aini.

"Yusuf dan Aishah mana?" Tanya Dato' Uthman apabila hanya Umar yang menyambut mereka.

"Along sakit kepala. Ada dekat atas tengah tidur. Aishah dalam bilik dialah."

"Dah bagi Yusuf makan ubat?" terbangun Datin Aini dari sandar mendengar anak sulungnya sakit.

"Mommy." Berpaling mereka bertiga apabila suara serak Yusuf Qayed memanggil. Umar ditolaknya ketepi. Riba Datin Aini menjadi tujuan utama. Kepala di jatuhkan disitu.

Tangan Datin Aini naik mengurut kepala anaknya. Anak lelakinya kalau sakit memang manja. Mengalahkan bayi.

"Dah boleh jadi suami orang pun masih manja lagi kamu ni." Tutur Dato' Uthman.

"Entah kau ni. Mengada betul." Sokong Umar mendengar ayat daddynya.

"Kamu pun sama je. Dua kali lima."

Yusuf menjelir lidah pada adiknya. Kalau nak diikutkan, Umar lebih mengada daripadanya apabila jatuh sakit. Kadang demamnya sikit saja tapi perangai Umar mengalahkan orang mahu mati dalam beberapa minit lagi. Tenat benar.

"Cerita pasal suami orang ni, mommy ada jumpa anak angkat uncle Hazril kamu." Cerita Datin Aini teruja. Terbayang dimatanya wajah lembut Umairah.

"Uncle ada anak angkat? Sejak bila pulak?" Tanya Umar hairan.

"Dah lama. Sebelum Zira lahir lagi." sampuk Aishah tiba-tiba. Sofa didepan mommynya dia tuju.

"Adik tahu?" Tanya Dato' Uthman terkejut. Sudah lama dia dan Hazril berkawan tetapi lelaki itu tidak pernah menceritakan apa-apa sehinggalah semalam dia bertemu dengan Umairah. Itupun setelah Datin Nora membuka mulut mengenai status Umairah.

"Zira selalu je cerita pasal Umairah tu." tutur Aishah selamba.

"Mommy berkenan betul dengan Umairah tu. Cantik sungguh. Bertudung, lemah lembut. Yang paling penting kuat agama, pandai masak, pandai kemas rumah dan pandai menjahit lagi." Datin Aini berkata seolah mempromosi Umairah pada Yusuf dan Umar.

"Mommy bagi dia pada Umar sajalah. Umar tu pun macam tak laku je. Yusuf dah ada Fikah." Ujar Yusuf apabila mendengar mommy bercerita mengenai gadis bernama Umairah. Dia sudah mempunyai kekasih hati. Syafiqah namanya. Orangnya juga ada iras-iras seperti yang mommy katakan tadi cuma Syafiqah tidak tahu menjahit saja.

"Aku pulak. Tak nak aku." bantah Umar laju. Masakan dia mahu dirinya dijodohkan dengan orang tidak dikenali. Tambahan pula wanita itu anak angkat saja. Entah dari keturunan mana pun tidak diketahui.

"Esok uncle Hazril bawak dia pindah sini. Nanti mommy kenalkan pada kamu."

"Umairah tinggal KL?" Tanya Aishah Qaireen tidak percaya. Bagaimana nasib rakannya itu? Zira okaykah Umairah tinggal bersama?

"Haah. Dah tak ada sesiapa dekat kampung tu. Bagus jugak dia tinggal KL. Ada orang tengok-tengokkan dia." Balas Dato' Uthman.

Yusuf dan Umar hanya mendengar. Dalam fikiran Umar membayangkan gadis yang diperkatakan mommynya sebentar tadi. Masih wujudkah gadis seperti itu? Mata melihat adiknya yang duduk terkangkang di depan keluarganya. Perempuan seperti adiknya banyaklah.


Seindah Takdir UmairahWhere stories live. Discover now