🍁B A B 14

4K 291 21
                                        

'Jika tak boleh menjadi hujan yang begitu kuat menyatukan langit dan bumi, maka jadilah selarik doa yang menyatukan harapan dan takdir.'

Usai menunaikan solat subuh, Umairah terus turun ke bawah. Demamnya sudah beransur baik cuma kepalanya saja masih sakit sedikit. Langkah kaki diperlahankan. Sambil itu mata meneroka hiasan rumah agam milik Dato' Uthman dan Datin Aini.

'Berapa banyaklah duit yang dilaburkan untuk dapat rumah secantik ini.' ujar Umairah dalam hati.

Sedang melihat-lihat, matanya jatuh pada satu almari yang atasnya penuh dengan pelbagai bingkai gambar. Umairah mendekati ruang itu.

Sebelum matanya jatuh pada frame gambar kecil yang tersusun cantik, dia memandang frame besar yang tergantung kemas di dinding.

Gambar keluarga Datin Aini dalam persalinan baju raya. Satu persatu wajah di dalam gambar itu ditiliknya. Cantik dan segak semuanya.

Wajah kacak Umar dipandang lama. Tidak dinafikan Umar memang handsome. Lelaki itu mempunyai daya tarikan sendiri. Sampaikan sudah beberapa kali Umairah terpaku menatap wajah Umar.

"Kan bagus kalau senyum macam ni selalu." Bisik Umairah perlahan.

Gambar itu direnung lagi. Gambar didepannya itu seolah menceritakan kebahagian keluarga yang jelas terpancar. Serta merta satu perasaan aneh singgah di hatinya.

Perasaan cemburu. Cemburu kerana sepanjang hidupnya dia tidak pernah bergambar dengan mama, papa dan Hazira.

Keluhan dilepaskan tanpa sedar.

'Tak apa janji kau ada gambar dengan umi dan abah.' Hatinya berbisik sendiri. Seolah-olah cuba menguatkan diri.

Mata beralih ke bingkai gambar kecil pula. Hanya gambar zaman kanak-kanak saja disitu.

Gambar seorang kanak-kanak lelaki sedang menangis sambil memegang aiskrim menarik minat Umairah. Tidak pasti kanak-kanak itu Yusuf ataupun Umar.

"Umai tengok apa tu?" Teguran dari belakang mematikan niat Umairah untuk memegang frame tersebut.

"Maaf, Umai Cuma nak tengok gambar-gambar ni." Umairah memohon maaf. Takut juga jika dia dikira menceroboh hak tuan rumah ini.

"Tengoklah. Yusuf tanya je tadi." ujar Yusuf lembut.

"Budak lelaki ni Yusuf ke?" tanya Umairah terus mengenai gambar tadi.

"Tu Umar. Waktu kecik dia memang kuat nangis. Dah besar ni nasib baiklah tak cengeng macam dulu." Tertawa Yusuf bila teringat kembali perangai Umar sewaktu kecil.

"Cuba Umai bayangkan muka garang macam Umar tu menangis. Mesti buruk." Tambah Yusuf lagi bersama tawa yang menjadi-jadi.

Umairah turut tergelak mendengar bicara Yusuf. Sedikit pun dia tidak boleh bayangkan Umar yang garang menjadi seorang yang cengeng. Pasti kelakar kalau perkara itu benar-benar terjadi.

"Sedap nampak mengata aku." suara Umar mematikan tawa Umairah tapi bukan Yusuf.

Bila Umar didepan mata makin dia terbayangkan wajah cengeng Umar dahulu.

"Asal berhenti ketawa? Ketawa la lagi sampai pengsan." Marah Umar pada Umairah.

"Nak gurau sikit pun tak boleh tau kau ni. Jom lah Umai kita ke dapur. Tak payah layan budak datang bulan ni."

Laju Umairah mengikut langkah Yusuf ke dapur. Kecut perutnya mahu tinggal disitu bersama Umar.

Dengan wajah masam mencuka, Umar turut mengorak langkah ke ruang dapur.


Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang