🍁B A B 56

2.9K 111 2
                                    

"Cara yang terbaik untuk mengubati luka cinta adalah dengan JATUH CINTA lagi."

Tali kasut sukannya diikat sebelum meneruskan larian. Terasa tenang petang ini memandangkan cuaca agak redup. Orang ramai juga memenuhi kawasan taman itu.

Ada yang sedang berlari sepertinya. Ada yang sedang bermain basikal bersama keluarga. Melepak-lepak sambil menikmati pemandangan nampaknya lebih ramai. Tiba-tiba hatinya diserbu perasaan rindu dengan negaranya.

Kalau di Malaysia pasti suasananya lebih indah tapi bila memikirkan balik tujuannya kesini, dia tersenyum sendiri.

Sudah sebulan tetapi dia masih belum mengambil apa-apa langkah. Hanya bunga lily putih menjadi 'orang tengah' untuknya pada setiap hari buat masa ini. Dan setiap hari jugalah dia melihat Umairah tersenyum suka sambil mencium haruman bunga itu.

Perancanganya untuk mengejar cinta Umairah belum siap sepenuhnya lagi. Dalam hal ini dia perlu lebih teliti. Risau juga kalau Umairah bertindak pergi lebih jauh darinya. Harapnya usahanya kali ini menjadi.

"Awak."

"Awak."

Umar menoleh mencari suara seseorang yang seakan memanggilnya. Matanya singgah pada Umairah yang berdiri tidak jauh. Wajah Umairah memerah seakan kepenatan. Langkah diatur mendekati Umairah.

"Awak panggil saya ke?" Umar bertanya sambil menunjuk diri sendiri.

Umairah sekadar mengangguk dan mengambil tempat di kerusi kayu berdekatan. Letih.

Umar mengikut langkah Umairah dan berdiri berdekatan wanita itu.

Botol air hitam ditangan Umairah membuatkan Umar mula tersedar. Mana botol airnya?

"Nah botol awak. Saya jumpa dekat tengah jalan sana." Botol air itu dihulurkan. Sebenarnya sedari awal lagi dia sudah berlari di belakang lelaki itu. Dilihatnya lelaki itu tertinggal botol air membuatkan dia mula mengejar.

Sangkanya lelaki itu berlari anak tetapi sebaliknya pula. Besar sungguh langkah hinggakan tidak terkejar olehnya. Jalan penyelesaian membuatkan dia menjerit sahaja untuk memanggil.

"Terima kasih."

"Ermm...awak, saya nak tanya sikit boleh?" Umairah mula menyusun ayat setelah keduanya lama menyepi.

Jika dulu dia agak takut untuk berbicara dengan orang yang tidak dikenali terutamanya lelaki tetapi selepas mengenali Aariz, hidupnya sudah banyak berubah.

Dia sudah tidak takut lagi untuk berbual dengan orang luar. Mungkin faktor usia juga. Sudah semakin matang. Lagipula hidup di negara orang, banyak perkara perlu dipelajari. Jika malu dan sombong, orang pun tidak yakin untuk berkawan dengan kita.

"Tanyalah." Kini tempat kosong disebelah Umairah dia duduki.

"Kenapa awak sentiasa pakai cap dengan mask? Tak panas?" iyalah sudah sebulan lelaki ini menjadi jirannya dan tiada sekali pun dia bertemu lelaki ini tanpa mask dan cap. Sampaikan dalam rumah pun masih pakai dua benda itu.

"Saya nak sorok muka kacak saya." Ujar Umar dengan suara yang bersahaja.

"Perasan." Cebik Umairah.

"Kenyataan." Umar mengangkat bahu tanda riak.

Umairah tertawa senang. Disangkakan lelaki ini akan serius memanjang rupanya boleh diajak berbual juga.

Umar mencuri pandang wajah cantik yang dihiasi lesung pipit itu. Mahu saja dipegang wajah itu.

"Kenapa awak pindah sini?" Umairah bertanya segala yang bermain difikirannya. Entah kenapa seakan ada tarikan sahaja lelaki ini.

Batu dihadapan kaki disepak-sepak sementara menunggu jawapan.

Seindah Takdir UmairahWhere stories live. Discover now