🍁B A B 48

5.3K 272 102
                                        

"Saat sudah terlalu berat untuk bertahan, Maka cubalah melepaskan dengan perlahan"

14 bulan kemudian.....

Tok...Tok...

"Masuk." Arah Umar apabila pintu biliknya diketuk dari luar.

"Ada apa Suzy?" Tanya Umar tanpa memandang wajah setiausahanya. Tangan masih laju menekan papan kekunci menyiapkan kerja.

"Cik Puteri ada dekat luar. Dia nak jumpa bos." Ujar Suzy takut-takut. Bukan dia tidak tahu bosnya kalau dengar saja nama Puteri, mesti naik hantu.

Yang perempuan langsuir tu pun bukan reti nak sedar diri. Sudah orang tolak pun masih sibuk menempel dan terkejar-kejar. Disebabkan kegedikan langsuir tu, dia yang sering jadi mangsa amarah Umar Qaiser.

"Berapa kali saya cakap pada awak? Kalau si Puteri sundal bolong tu datang office, halau saja. Saya malas nak layan." Nada suara dikawal agar kemarahan tidak dilepaskan pada Suzy.

Sudah berapa bakul kata maaf di berikan kepada Suzy tetapi apabila hal Puteri dibangkitkan pasti Suzy akan menjadi mangsa. Nasib awaklah Suzy.

"Apa yang lembab sangat you ni buat kerja? I suruh bagitahu Qaiser bukan suruh you menggatal dengan dia."

Terperanjat Suzy apabila tiba-tiba saja pintu bilik Encik Umar dirempuh.

"Saya keluar dulu bos." Laju Suzy meminta diri. Tidak sanggup mahu melihat peperangan yang bakal berlaku.

"Sayang. Kenapa pekerja you tu lembab sangat? Penat tau I berdiri dekat luar." Adu Puteri dengan nada gediknya. Kaki menghampiri tempat duduk Umar.

"Puteri. Boleh tak kalau sehari je. Sehari saja. Tolong jangan kacau aku. Aku rimas lah dengan kau ni. Tergedik-gedik. Kau tak malu ke?" Ujar Umar serabut.

Mana tak serabutnya jika setiap hari Puteri datang menempel dan menggedik?

"Sampai hati you cakap macam tu. I tak minta banyak pun dari you. Sekurang-kurangnya balas lah jasa I jaga you waktu you sakit dulu." Rajuk Puteri dengan sedih.

Mimik muka dibuat-buat sedih agar Umar bersimpati dengannya.

Umar sudah menggaru kepala melihat sikap Puteri. Itu sajalah yang akan diulang beribu kali jika dia menolak.

Memang tidak dinafikan Puteri yang menjaga dan memberi kata semangat padanya sewaktu dia jatuh dulu tapi dia tidak pernah menganggap Puteri lebih dari seorang sepupu.

Hanya sepupu! Hatinya masih terukir kemas nama Umairah. Tidak kiralah berapa tahun lagi dia perlu menunggu. Dia tetap akan tunggu.

"Yalah. Terima kasih Tuan Puteri. Kau nak apa?" Selagi tidak bertanya, selagi itulah Puteri akan ada di dalam bilik ini.

"Jom lunch sama-sama." Serta merta mimik sedih dibuang apabila Umar memberi tumpuan padanya. Lengan Umar dipeluk erat.

"Aku banyak kerja sekarang ni. Malam ni kita dinner sama?" Pujuk Umar. Harapnya makan pujuklah. Dia malas mahu keluar berdua-duaan dengan Puteri. Letih melayan sikap mengada wanita ini.

Pegangan Puteri padanya dirungkaikan. Dah macam kucing nak mengawan perempuan ni dilihatnya.

"Okay. Nanti you call I tau."

"Okay." Balas Umar malas. Mata kembali menghadap komputer di depan.

Cup

Tercengang Umar apabila pipinya dikucup laju oleh Puteri. Umar memandang tajam tanda amaran.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang