'Biarkan lah dunia berbuat sesukanya tatkala takdir sudah menetapkan ketentuannya.'
Novel yang dibawa dari rumah dikeluarkan dari luggage. Tudung bawal dipakai kemas. Telefon turut diambil dan berlalu keluar dari bilik.
Suasana sunyi diluar membuatkan Umairah menjenguk kekiri dan kanan untuk melihat.
"Semua orang keluar ke?" Tanya Umairah perlahan antara dengar dan tidak.
Setahunya semua orang ada dirumah pagi tadi. Tidak tahu pula mereka semua keluar selepas bersarapan.
Kaki diatur juga ke bawah. Tangan masih setia memegang novel Usai Aku Terima Nikahnya dan Cinta Tiga Suku. Novel kegemarannya. Sudah lebih 10 kali dia mengulang bacaan pada novel-novel itu. Entah kenapa jalan cerita novel itu menarik minatnya.
Ruang tamu dituju. Dilihatnya televisyen terpasang tetapi tiada sesiapa yang menonton. Remote diambil dan menutup tv tersebut. Membazir sungguh.
Punggung dilabuhkan selesa pada kerusi mewah rumah itu. Lembut dan selesa.
Novel 'Cinta Tiga Suku' dibuka lembut. Sambil membaca matanya masih terlihat-lihat jika ada kelibat orang yang lalu tetapi hampa apabila hanya tinggal dia saja disitu.
"Umai." Panggil Yusuf.
Laju dia meletakkan novel apabila Yusuf duduk didepannya. Ada pun orang!
"Umai buat apa sorang-sorang dekat sini?"
"Umai baca novel. Semua orang pergi mana ye? Sunyi je rumah."
"Daddy keluar sekejap. Mommy dan Aishah ada dekat atas. Berehat agaknya. Umar pulak dia ada class tengah hari ni. Sekejap lagi dia balik la." Terang Yusuf.
"Patutlah sunyi. Yusuf nak kemana?" Umairah bertanya apabila pakaian Yusuf kelihatan segak saja. Seperti mahu keluar juga.
"Yusuf nak dating sekejap." Balas Yusuf dengan wajah memerah. Malu lah tu.
Harini memandangkan dia diberi cuti oleh daddy, jadi dia mengambil peluang itu untuk bertemu kekasih hatinya, Syafiqah.
"Yusuf dah berpunya? Bolehlah Umai makan nasi minyak Yusuf nanti."
"Muka Yusuf ni muka tak laku ke?" Yusuf membuat wajah sedih.
"Eh bukan tu maksud Umai. Umai Cuma tak sangka je. Yusuf jangan salah anggap pula." Ujar Umairah serba salah.
"Yusuf gurau jelah. Umai nak pesan apa-apa tak?"
Umairah menggeleng.
"Kalau macam tu Yusuf pergi dulu lah. Takut lambat pulak."
"Okay. Hati-hati." Umairah merenung langkah Yusuf.
Tampak gembira benar wajah lelaki itu. Begitukah rasanya dilamun cinta? Tersenyum selalu.
Pipi ditepuk perlahan dan mula menyambung bacaan semula. Tanpa sedar dia turut tersengih membaca babak romantic dalam novel itu.
Terlalu leka membaca novel membuatkan Umairah terasa mengantuk. Mungkin kesan ubat yang dimakan tadi. Novel ditanda dengan penanda buku sebelum ditutup. Kepala disandarkan selesa.
Tanpa sedar Umairah terlena di ruang tamu itu.
Langkah diatur laju. Panggilan Ikhwan dibiarkan. Malas dia mahu melayan perangai mengada rakannya itu.
"Qai." Ikhwan memanggil kuat sambil mengejar langkah Umar Qaiser.
Terhenti tangan Umar mahu membuka pintu keretanya apabila tangan Ikhwan menahan.
YOU ARE READING
Seindah Takdir Umairah
RomansaDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...