🍁B A B 47

5.4K 254 61
                                        

"Ketika kita tidak dihargai, disitulah kita belajar tentang kesabaran."

Book City | Danforth Avenue

Novel berkulit biru lembut itu menarik perhatian Umairah. Perlahan-lahan ditarik keluar untuk melihat dengan lebih dekat. The Proposal karya Jasmine Guillory. Cantik sungguh kulit depan buku itu.

Nama penulis ini dia tidak pernah tahu pula memandangkan dia bukan peminat novel cinta Bahasa inggeris

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Nama penulis ini dia tidak pernah tahu pula memandangkan dia bukan peminat novel cinta Bahasa inggeris. Dia lebih meminati karya novel cinta dari penulis tanah air sendiri.

Memandangkan kini dia berada di Canada, apa salahnya jika menukar minat membacanya. Lagipun novel ini nampak menarik saja.

"Ambillah. Aku belanja."

Terlepas novel itu dari tangan apabila tiba-tiba saja suara lelaki menyapa. Begitu hampir di telinganya.

"Sorry."

Aariz Faith memohon maaf. Kesian pula dia melihat wajah terkejut gadis itu. Novel dikutip dan diserahkan pada Umairah.

"Aariz? Awak buat apa dekat sini?" Huluran novel itu disambut.

"Beli ikan. Kau beli apa tu? Beli daging ke?" Perli Aariz bersahaja. Masakan di kedai buku membeli ikan? Mestilah melihat atau membeli buku.

Umairah menggaru kepala yang tidak gatal. Tahu yang soalannya tidak kena pada tempat.

"Awak beli buku apa?" Saja Umairah bertanya.

"Aku saja tengok-tengok. Kau amiklah buku The Proposal tu. Aku belanja."

"Eh tak apa. Saya pun tengok-tengok je. Lagipun saya tak tahu cerita ni okay tak dengan minat saya."

"Kau tak kenal author ni?" Aariz bertanya tidak percaya.

Umairah menggeleng laju.

"Haritu aku tengok bukan main lagi kau baca novel cinta dekat Harbourfront. Takkan penulis hebat macam ni kau tak kenal?"

"Saya minat novel melayu je. Susah la nak berangan kalau baca novel inggeris ni." Ujar Umairah tak bertapis.

"Kuat berangan eh kau." Usik Aariz.

"Mana ada." Nafi Umairah dan terus berlalu ke bahagian lain. Buat malu saja.

"Tapi kalau kau nak baca buku ni, aku sarankan kau baca buku The Wedding Date dulu."

Umairah hanya mendengar. Lelaki ini mengikutnya dan bercakap itu ini, tidak ubah seperti orang mempromosikan novel tersebut.

"Awak pun minat novel? Jiwang karat jugak ya?"

"Apa salahnya lelaki minat baca novel? Sekurang-kurangnya aku boleh tiru gaya hero dia nanti nak ngorat awek." Ujar Aariz bersama tawa.

Umairah turut tertawa mendengar. Walaupun baru dua kali berjumpa, dia terasa senang dengan sikap lelaki ini.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang