🍁B A B 11

4.2K 289 19
                                        

'Takdir selalu memiliki jalannya, entah berakhir dengan tawa atau berderai air mata.'

"Weh Qai, jom keluar lepak. Aku bosan lah kat rumah ni." Ajak rakan baik Umar Qaiser di corong telefon.

"Petang sikit la. Aku malas nak keluar time-time ni." Balas Umar. Malas dia mahu bersiap keluar. Lagipula jam baru menginjak ke 8 pagi. Kedai apa yang buka waktu begini?

"Okay jugak tu tapi kalau aku datang lepak rumah kau dulu boleh tak?"

"Asal nak lepak rumah aku pulak?"

"Selama ni aku datang kau tak kisah pun. Sekarang kedekut eh kau." Balas lelaki itu merajuk.

"Bukan macam tu." Umar kehilangan kata.

Bukan dia tidak kasi kawan baiknya itu datang tetapi adiknya Aishah ada dirumah. Tiada tanda-tanda pula Aishah mahu keluar.

Dia tidak selesa jika rakan-rakan datang ke rumah dan Aishah turut ada. Pakaian Aishah selalu saja menggoyahkan iman rakan-rakannya. Dia tidak suka kawan lelakinya merenung tubuh Aishah.

"Lepastu kenapa pulak?"

"Adik aku ada dekat rumah sekarang." Jujur Umar.

"Okay lah tu. Kau pun mana pernah tunjuk adik kau. Apa salahnya kalau aku kenal-kenal dengan dia. Mana tahu boleh jadi adik ipar kau."

"Memang tak lah kau jadi adik ipar aku. Tak hingin aku. Datang je lah kalau kau nak datang. Kalau aku cakap tak boleh pun kau nak datang jugak." Kata Umar selamba. Memang sikap rakannya begitu.

Lagipula dia pun bosan juga terperap saja dirumah. Ada juga rakan sembang jika kawannya datang.

"Tahu pun kau. 30 minit lagi aku sampai."

Tidak sempat Umar membalas, panggilan terus dimatikan.

Telefon ditutup dan di letakkan di sisi katil. Tuala dicapai dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.


Shawl hitam dililit ringkas pada kepala sebelum turun ke bawah. Bakul baju kotor turut dibawa. Sudah dua hari dia tidak membasuh baju. Walaupun tidak banyak, baju itu perlu dibasuh juga.

Tangga ditujunya. Malas mahu menggunakan lift. Baru saja kaki mahu memijak tangga, matanya terasa berpinar-pinar. Palang tangga dipegang erat apabila terasa mahu pitam. 

Sejak subuh tadi lagi kepalanya sakit mencengkam. Mungkin kerana terlalu banyak menangis semalam.

Badan cuba diseimbangkan. Mata ditutup seketika dan dibuka perlahan-lahan. Apabila terasa pandangannya kembali baik, Umairah meneruskan langkah ke bawah.

"Baju kotor Cik Mai ke tu? Mari sini Kak Nik basuhkan." Ujar Kak Nik sebaik saja terpandang Umairah di bahagian mencuci.

"Tak apa sikit je ni. Umai basuh sendiri saja." Tolak Umai perlahan.

"Yelah. Umai sakit ke? Kak Nik tengok pucat je mukanya." Muka pucat Umairah ditiliknya. Dia perasan wajah itu tidak seperti biasa. Peluh juga memenuhi dahi seolah-olah menahan sakit.

"Umai sakit kepala sikit. Sekejap lagi baiklah."

"Umai nak ubat? Ke nak pergi klinik? Kalau nak ke klinik, Abang Zam boleh hantarkan." Tanya Kak Nik. Dia sudah diamanahkan oleh Dato' Hazril supaya menjaga Umairah apabila ketiadaan lelaki itu.

"Umai dah makan ubat tadi. Tak perlu ke klinik, nanti dia baik sendiri. Kak Nik pergilah sambung buat kerja."

"Kalau ada apa-apa panggil tau. Kak Nik nak ke depan sekejap." Tutur Kak Nik mengalah.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang