'Takdir Allah tak pernah salah. Dia hanya menuntunmu bahagia, namun dengan jalan yang berbeda.'
"No. saya tak nak batalkan! Saya dah rancang semua benda." Memetir suara Datin Nora mendengar bicara suaminya.
"Awak tahu Umai tengah sakitkan sekarang? Takkan kita nak pergi melancong dengan tinggalkan anak sakit?" Dato' Hazril memohon pengertian isterinya.
"Dekat rumah ni ramai. Semua orang boleh jaga dia. Abang jangan nak naikkan angin saya."
"Tapi tu anak kita bukan anak orang lain. Melancong tu bila-bila pun boleh pergi."
"Saya tak kira. Esok kita pergi jugak. Kalau tak, saya mengadu dekat papa." Ugut Datin Nora. Dia tahu suaminya akan mengikut katanya kalau nama Dato' Ahmad disebut.
"Perlu ke awak libatkan papa?"
"Perlu, kalau awak degil sangat nak jaga budak tu."
Dato' Hazril kehilangan kata. Dia terus berlalu meninggalkan isterinya.
Terperanjat dia apabila terpandang wajah pucat Umairah di depan pintu biliknya. Pasti Umairah mendengar semuanya.
"Maaf. Umai datang sini sebab nak jumpa papa." Terang Umairah. Takut dianggap mencuri dengar pula.
Tanpa membalas kata anaknya, tangan Umairah ditarik ke ruang tamu di tingkat 2 itu. Umairah hanya menurut. Punggung dilabuhkan pada sofa bersebelahan papa.
"Umai dengar semuanya?" Tanya papa perlahan.
Umairah mengangguk takut-takut. Sudah terbukti dia mendengar semua perbualan mereka masakan mahu tipu lagi.
"Maafkan mama. Papa yakin dia tak berniat nak cakap macam tu pada Umai." ujar Dato' Hazril cuba menyedapkan hati anaknya dan juga hatinya sendiri.
"Umai faham. Papa pergi sajalah dengan mama. Umai tak kisah pun tinggal dekat sini. Lagipun Kak Nik ada. Dia boleh jaga dan teman Umai."
"Tak apa. Melancong tu bila-bila boleh pergi. Umai lagi penting. Hal mama tu nanti papa uruskan." Ayat yang sering dia ulang. Akan 'uruskan.' Sebenarnya bukan senang mahu membantah dan berbincang dengan isterinya tambah-tambah hal itu berkait dengan Umairah.
"Umai demam sikit je. Esok baiklah ni. Papa pergi ye? Kesian mama." Umairah masih memujuk. Dia tidak mahu mama bertambah membencinya.
"Papa hantar Umai dekat rumah Aunty Aini nak tak? Kurang sikit risau papa." Cadang Dato' Hazril. Dia yakin rakannya itu pasti gembira jika dia menghantar Umairah ke sana.
Sejak dia membawa Umairah ke Kuala Lumpur, rakannya itu selalu bertanya tentang anaknya. Sampaikan sanggup mengambil Umairah dirumah untuk makan malam bersama.
"Tak payah la. Baik Umai duduk rumah ni je." Tolak Umairah lembut. Segan pula dia mahu tinggal di rumah aunty Aini. Apa pula kata Umar dan Yusuf nanti.
Sejujurnya dia tidak kisah dengan Yusuf kerana lelaki itu boleh dikatakan baik tetapi Umar. Pertemuan dua hari lepas saja sudah membuat dirinya terluka. Bagaimana dia mahu tinggal di situ bersama?
"Kalau Umai tak nak tinggal rumah aunty Aini, papa tak jadi pergi. Papa tak senang duduk nanti tinggal Umai dekat sini sorang-sorang."
"Tapi..." serba salah pula Umairah mendengar bicara papa. Berat pula mahu membuat pilihan. Papa atau Datin Aini?
"Tak ada tapi-tapi. Pilih salah satu." Dato' Hazril simpan senyum melihat reaksi anaknya. Dia tahu Umairah akan pilih ke rumah Aini dan Uthman.
"Okaylah Umai tinggal dengan aunty tapi papa tanyalah aunty dulu. Mana tahu aunty tak selesa."
YOU ARE READING
Seindah Takdir Umairah
Storie d'amoreDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...