'Tidak ada yang dapat menolak takdir Allah selain doa.'
Umar melangkah masuk ke dalam rumah dengan pipi yang merah bekas tamparan novel cinta Umairah. Mata melilau mencari kelibat Ikhwan. Tetapi tidak kelihatan pula. Kaki melangkah naik ke atas.
Ikhwan dan Aishah yang sedang menonton movie di ruang tamu atas dia dekati. Punggung dilabuhkan pada kerusi bersebelahan Ikhwan.
"Apasal kau datang rumah aku lagi harini?" Tanya Umar memulakan bicara. Setiap hari Ikhwan datang rumahnya. Apa yang Ikhwan cari dirumah ini pun dia tidak tahu.
"Saja. Aku bosan duduk dekat rumah. Lagipun family kau tak ada kan. Aku teman kau malam ni. Malam esok aku baliklah." Tutur Ikhwan bersahaja. Mulut sibuk menguyah kacang.
"Tak payah mengada-ngada nak tidur sini."
Aishah dan Umairah ada dirumah ini. Mana mungkin dia membenarkan Ikhwan bermalam disini. Bukan dia tidak tahu perangai gatal Ikhwan. Buatnya Ikhwan masuk ke bilik Aishah dan Umairah senyap-senyap, naya je.
"Kedekutlah kau ni. Biarlah aku teman kau. Kau bukan boleh keluar pun. Aishah cakap mommy suruh kau jaga Aishah dengan Umai. Aku nak tolong jaga sekali la ni."
Umar hanya diam mendengar ayat tak masuk akal Ikhwan. Nak jaga ke nak menggatal?
"Umai mana?" Aishah bertanya apabila tidak terpandang kelibat Umai. Sekaligus mematikan perbualan Umar dan Ikhwan. Sengaja dia ingin berbasa-basi mengenai hal Umairah. Kalau ikutkan nama perempuan tu pun dia tidak mahu sebut.
"Entah perempuan tu." wajah dipalingkan dari terus memandang mereka. Perasaan marah cuba disimpan mendengar sebaris nama itu.
"Kau ni asyik nak marah je dah kenapa?" wajah Umar yang kemerahan itu direnung.
"Nothing."
"Kau kena tampar dengan Umai ke?" Tanya Ikhwan tiba-tiba.
Dari tadi lagi dia perasan pipi kiri Umar yang merah menyala. Berbeda ton merahnya dengan kulit lain. Tangan menyentuh dagu Umar supaya memandang mukanya.
Tangan Ikhwan ditolak kasar. Dia bangkit dari duduk dan terus berlalu ke bilik tanpa menjawab pertanyaan Ikhwan. Pintu bilik Umairah direnung tajam sebelum masuk ke dalam biliknya.
"Betullah tu kena tampar dengan Umai." Aishah bersuara pula. Dia juga perasan wajah Umar yang seakan menahan marah.
"Dia orang gaduh?"
"Maybe. I rasa Umar tersentuh Umairah kot tu pasal kena tampar." Tertawa Aishah mendengar ayatnya sendiri. Pegang pun kena tampar? Pelik-pelik je.
Bukan dia saja-saja menbuat andaian tapi dia pernah terbaca yang perempuan 'baik' ni cepat naik tangan kalau ada lelaki bukan mahram menyentuh sesuka hati. Mungkin itu yang berlaku pada Umar.
Wanita 'baik' itu bukan sepertinya. Kalau dia, sentuh banyak pun dia tidak kisah apatah lagi jika lelaki tersentuh sikit. Paling-paling pun dia buat bodoh atau tersenyum saja.
"Sentuh sikit pun kedekut tau Umai tu. Cuba lah jadi macam you ni. Sentuh sana sini pun tak marah." Ikhwan beralih tempat agar lebih rapat dengan Aishah.
Tangan Ikhwan sudah mula merayap.
Laju tangan Aishah menepis tangan Ikhwan yang menyentuh pehanya. "Pervert."
Tertawa kuat Ikhwan mendengar.
"Kalau sentuh sikit pun dah kena lempang, kalau Umar sentuh dia banyak esok you rasa Umar kena bunuh tak?" bisik Ikhwan perlahan. Tiba-tiba dia teringatkan rancangan mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
