🍁B A B 19

3.6K 253 0
                                    

'Hidup adalah serangkai kebetulan. Kebetulan adalah takdir yang menyamar.'

Sudah dua hari kejadian dimana Umairah pengsan berlalu. Sejak dari itu dia perasan Umar semakin dingin dan sudah kurang bercakap dengannya. Walaupun sebelum ini mereka kurang bercakap juga tetapi kali ini perangai Umar kelihatan lebih lain dari biasa.

Aishah pula sudah jarang berada di rumah. Apabila bertemu dengannya juga, gadis itu pasti akan menjeling atau hanya berlalu pergi tanpa menghiraukannya.

Yusuf juga sudah semakin sibuk di pejabat. Ada juga mereka bersembang-sembang tetapi sekejap sahaja kerana lelaki itu selalu kepenatan kerana kerja yang menimbun di syarikat.

Semakin lama dia rasakan kehidupannya disini sama saja seperti dirumahnya. Sunyi dan tiada siapa yang mengendahkannya. Kadangkala dia rasakan orang disekelilingnya tidak menyukai dia.

Pergi kemana saja pasti ada orang yang tidak senang dengannya. Hanya umi dan abah sayangkan dirinya. 

Tingkap bilik dibuka luas. Mata melihat pemandangan luar yang sudah semakin gelap. Matahari sudah tenggelam ditelan awan. Burung-burung beterbangan kembali ke sarang. Mata dipejam rapat sambil mengingat kembali saat-saat bahagia bersama umi sewaktu di kampung.

"Umai rindukan umi." Tuturnya perlahan.

Bunyi deringan telefon mematikan lamunan Umairah. Kaki melangkah kearah katil. Iphonenya dicapai. Nombor +90 tertera di screen telefon. Nombor apa ni?

Perlahan-lahan jari menggesel di screen untuk menjawab.

"Assalamualaikum." Suara di corong sana memberi salam.

"Waalaikumusalam. Papa?" Tanya Umairah apabila kedengaran suara lelaki itu seperti papanya.

"Ya. Papa ni. Umai sihat? Dah baik demam? Okay tak duduk sana?" tanya Dato' Hazril bertubi-tubi. Risau sungguh dengan anak gadisnya.

"Alhamdulillah sihat. Dah. Umai okay je duduk sini. Papa dengan mama sihat?"

"Papa sihat je. Mama kamu selesema sikit. Tapi dia okay je."

"Oh." Balas dia ringkas. Tidak tahu mahu bertanya apa lagi tentang mama.

"Umai tengah buat apa tu?"

"Duduk-duduk je. Tengah tunggu waktu maghrib. Papa pulak?"

"Papa baru habis lunch. Sekejap lagi nak sambung jalan. Ada masa nanti papa bawa Umai dan Zira datang sini."

Waktu Malaysia lebih cepat 5 jam berbanding waktu di Turki jadi tidak hairanlah jika papa baru saja habis menikmati makanan tengah hari.

"Okay. Papa dah call Zira? Umai risau dia tinggal sana sorang-sorang."

Dia hanya berjumpa Hazira dua hari lepas saja waktu hari dia pengsan. Sudah dua hari dia tidak mendengar khabar Hazira. Mahu menghubungi adiknya tetapi dia tidak mempunyai nombor telefon Hazira pula.

"Papa call dia tadi tapi tak angkat. Umai jangan risaulah. Dia okay je tu."

"Yelah. Papa, Umai letak dulu ye? Dah azan tu." ujar Umairah mahu menamatkan perbualan. Azan maghrib juga sudah kedengaran menandakan masuknya waktu solat.

"Okay. Papa pun nak gerak dah ni. Umai jaga diri tau. Nanti papa call lagi. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam." Jawab Umairah sebelum panggilan ditamatkan. Telefon diletakkan kembali di atas katil. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik air mahu mengambil wudhu.


Tangan yang mahu menyentuh tombol pintu terhenti apabila terdengar sayup-sayup bacaan ayat suci al-Quran. Mata dililaukan di sekeliling sebelum matanya singgah pada pintu bilik didepannya.

Seindah Takdir UmairahWhere stories live. Discover now