🍁B A B 9

4.1K 313 24
                                        

'Kita boleh marah atau mengeluh pada takdir kehidupan namun pada akhirnya kita akan mengikhlaskan segalanya.'

Sudah seminggu Umairah tinggal di rumah mewah itu. Rumah saja mewah tetapi tidak sedikit pun kemewahan itu menggembirakan hati Umairah.

Dato' Hazril terlalu sibuk di syarikat sejak beberapa hari lalu. Pulangnya lewat malam. Umairah sudah tidur barulah papanya pulang. Pagi pula dia hanya sempat melihat dari atas saja pemergian Dato' Hazril.

Mama pula sibuk menguruskan butik pakaian yang diusahakan sendiri. Pernah juga papa menyuruh dia mengikuti mama jika bosan tetapi mama membantah laju. Katanya pekerja sudah ramai disana. Takut menambah sesak saja jika Umairah ke sana.

Akhirnya dia akur saja walaupun teringin juga dia mahu ke butik mama.

Hazira juga sama seperti papa dan mama. Tidak pernah lekat dirumah. Jam 12 tengah hari keluar, subuh barulah pulang. Umairah sendirian dirumah.

Bukan dia tidak tahu membawa kereta untuk kemana-mana tetapi dia takut berjalan sendirian di tempat yang dia tidak pernah kunjungi. Alamatnya terperap saja dia dibilik.

Tudung bawal hitam yang tergantung di capai dan disarung kemas. Novel di atas meja belajar diambil. Pintu bilik dibuka.

Mahu meneroka kawasan laman rumah. Semua bahagian dalam dan luar rumah sudah habis dikunjungnya beberapa hari lalu tetapi disebabkan bosan, dia mahu meneroka ruang luar sekali lagi.

"Cik Mai nak ke mana?" tegur Bik Ija apabila terpandang anak majikannya mahu melangkah ke arah pintu utama rumah.

"Mai nak pergi luar sekejap. Ambil angin." Balas Umairah lembut pada Bik Ija.

Bik Ija merupakan orang gaji yang dibayar papa untuk mengemas rumah. Orangnya tidak terlalu berumur. Mungkin dalam lingkungan pertengahan 40an.

Disini semua orang memanggil dirinya Cik Mai. Sudah dipesan olehnya supaya memanggil Umai sahaja tetapi semuanya seakan tidak mengerti. Akhirnya dia biarkan saja. Lagipula mereka semua juga baik dengannya.

"Baiklah. Kalau nak apa-apa panggil je Bik Ija." Pesan Bik Ija.

Dia suka melihat gadis ini. Baik, lemah lembut dan berbudi bahasa. Jauh benar perangai Umairah dengan Hazira. Hazira lebih suka mengarah-arah mereka semua. Jika silap sikit, pasti semua orang di maki.

"Okay. Mai pergi dulu." Tangan dilambai sedikit sebelum berlalu keluar.


Kerusi rehat berdekatan swimming pool Umairah dekati dan duduk. Terasa tenang melihat air di dalam kolam itu. Cuaca yang redup menambah ketenangan. Novel yang dibawa tadi dibuka.

Malas pula mahu berjalan apabila sudah duduk. Ada baiknya dia menghabiskan bacaannya. Sedang leka membaca, Umairah terdengar suara orang memanggil dari luar. Loceng diluar juga berbunyi. Novel ditutup dan berlalu ke pagar depan.

Kelihatan seorang lelaki berpakaian segak dan memakai cermin mata hitam sedang bersandar di tepi kereta.

Lelaki itu merenung langkah gadis yang mendekatinya.

"Assalamualaikum. Encik nak cari siapa ye?" Umairah menegur lelaki itu.

Boleh tahan kacak juga lelaki ini. Tinggi, kulit yang putih dan.... Laju Umairah berpaling apabila sedar akan keterlanjurannya.

"Kau orang gaji baru eh dekat sini?" Tanya lelaki itu agak sombong. Salam juga tidak dijawab. Mata menilik gadis didepannya. Cantik. Tetapi kenapa harus jadi orang gaji?

"Eh tak. Saya..."

"Panggilkan Umairah. Suruh dia siap-siap. Aku nak bawak dia jumpa Datin Aini." Laju Umar memotong percakapan Umairah. Tidak sempat gadis itu mahu memperkenalkan diri.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang