"Cinta itu seperti angin. Kau tak bisa melihatnya tapi kau bisa merasainya."
Ting Tong....
Umairah berlari anak ke depan apabila loceng rumah berbunyi. Pintu dibuka sedikit tetapi tiada sesiapa yang kelihatan. Matanya jatuh pada sejambak bunga lily putih yang diletakkan di hadapan pintu.
Kiri dan kanan diperhatikan untuk melihat gerangan yang memberi bunga ini. Tiada bayang manusia di sekitar situ.
Bunga lily itu diambil. Kad yang terselit disitu ditarik dan dibaca.
You stole my heart but I'll let you keep it.
-UQ-
Tanpa sedar dia tersenyum. Jiwang betul orang yang mengirim bunga ini. Sekali lagi dia menoleh untuk memastikan keadaan di situ lengang. Kuntuman lily itu dihidu dalam. Wanginya. Wangian segar bunga tersebut memenuhi rongga hidungnya.
Siapalah yang baik kirim bunga di rumah ini? Peminat Aariz mungkin.
"Mai."
Panggilan Aariz mengejutkan Umairah. Laju jambangan bunga itu ditunjukkan pada Aariz.
"Ada orang kirim bunga tapi tak tahu siapa punya." Umairah menerangkan tanpa dipinta.
"Bunga? Tak ada nama?"
Umairah menggeleng.
"Mai simpanlah. Sayang kalau di buang." Ujar Aariz seraya berjalan ke dapur untuk mencari uminya. Tiada niat untuk bertanya lebih-lebih.
Umairah tersenyum suka. Sudah lama rasanya dia tidak melihat lily putih. Sekali lagi bunga itu dicium. Kaki diatur ke bilik untuk meletakkan bunga itu ke dalam pasu kaca.
"Abang." Umairah memanggil Aariz yang sedang leka memilih sayuran.
"Ya?" Aariz membalas tapi masih sibuk melihat sayur-sayuran.
Memandangkan hari ini dia cuti jadi dia membawa Umairah ke Kourosh Supermarket untuk membeli keperluan dapur dan harian. Aayra seperti biasa ditinggalkan bersama umi dan walid.
"Mai nak pergi sana sekejap. Nanti kalau ada apa-apa call tau." Umairah menunjuk ke bahagian hujung supermarket. Mahu mencari makanan ringan.
Kebiasaanya memang Aariz yang akan memilih sayur dan lauk yang akan dimasak dan dia pula akan mengambil makanan-makanan lain dan keperluan dapur.
"Okay. Take care. Jangan sampai kena ngorat pulak." Usik Aariz bersama tawa. Wanita secantik Umairah selalu menjadi perhatian walaupun kemana dia pergi. Boleh dikatakan setiap kali dia membiarkan Umairah sendiri, pasti ada saja lelaki yang ingin berkenalan.
Mat saleh sekarang pun dah minat yang bertudung. Hehehe.
"Merepek." Balasnya turut ketawa.
"Dan jangan mengorat jugak." Pesan Aariz lagi.
Umairah sekadar tersenyum. Ada-ada saja idea Aariz mahu mengusiknya.
Troli ditolak dari satu bahagian ke bahagian lain. Semua makanan diambilnya walaupun dia sendiri tidak pasti sedap atau tidak. Tidak mengapa Aariz yang akan membayarnya.
Sampai di rak makanan ringan, mata mencari biskut kegemarannya.
"Selalu ada dekat sini. Dah habis ke?" bebelnya sendiri.
Mata dihalakan pula ke rak bahagian atas. Yeah, jumpa pun. Tapi bagai mana dia mahu mencapai biskut itu kalau ketinggianya hanya sekerdil ini?
Terjengket-jengket dia berusaha. Usaha tangga kejayaan. Baru beberapa minit dia sudah penat. Bayang Aariz langsung tidak kelihatan untuk meminta tolong.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
