'Orang yang tidak mengerti takdir adalah orang yang paling banyak bicara soal takdir.'
"Tak payah la ikut mama dengan papa kau tu. Kalau kau takut tinggal sorang, kau datang je tidur rumah aku." tangan Hazira digoncangnya. Walaupun hanya dua hari rakannya itu mahu pulang ke kampung, dia tetap berat mahu melepaskan. Setiap hari hidupnya hanya ditemani Hazira. Shopping, berjalan dan ke club, semuanya bersama rakannya itu.
"Kau ingat aku nak ikut sangat ke? Memang taklah aku nak balik sana kalau bukan sebab papa paksa." Air jus apple itu dihirupnya sedikit.
"Selalu papa kau tak kisah pun kau tak ikut. Apasal kali ni paksa-paksa pulak?" Tanya Aishah hairan.
"Nenek aku sakit. Lagipun papa aku sibuk nak jenguk anak angkat dia tu." bohong Hazira pada rakannya.
Walaupun dia dan Aishah berkawan rapat sejak tingkatan satu, dia tidak pernah menceritakan status sebenar Umairah dalam keluarganya pada Aishah. Dia cuma memberitahu Umairah merupakan anak angkat yang diambil papanya dan dijaga oleh nenek. Reputasi keluarga perlu dijaga. Bahaya jika orang luar mengetahui perkara sebenar.
"Sayang betul papa kau dekat Umairah tu. Kau ajaklah Umairah tu datang sini. Mana tahu boleh buat geng."
"Umairah tu kau nak buat geng? Memang taklah. Dengan baju kurung dianya. Tudung lagi."
Tertawa Aishah melihat reaksi wajah Hazira. Bukan dia tidak tahu Hazira tidak menyenangi wanita bernama Umairah itu. Sengaja dia berkata seperti tadi untuk menduga Hazira.
"Kakak kau jugak." Usik Aishah lagi.
"Dah la tukar topik. Malas aku nak sembang pasal dia."
"Hah ni aku nak tanya kau, kau kenal Ikhwan?" Tanya Aishah pada Hazira. Tiba-tiba saja dia teringat akan lelaki yang ditidurinya minggu lepas.
"Ikhwan? Ikhwan mana pulak kau ni? Lelaki baru ke?"
"Lelaki yang tidur dengan aku minggu lepas tu." bisik Aishah perlahan.
"Entah. Aku tak kenal pulak lelaki nama Ikhwan. Nak aku tanya Fakhrul ke?"
"Tak payah la. Aku saja tanya. Jom la shopping. Dah lama tak ganti baju baru." Ujar Aishah teruja.
"Baru semalam kau beli baju. Nampak sangat menipu." Bahu Aishah ditolak perlahan sebelum mereka berdua bangkit meninggalkan restoran itu.
Terhenti langkahnya apabila telefon berbunyi. Telefon dikeluarkan dari handbag. Panggilan dari papa. Laju dia menjawab.
"Ada apa papa call Zira?" Tanya Zira terus.
"Ada apa? Kan papa dah cakap nak balik rumah nenek harini. Kamu pergi mana?" jelas kedengaran suara papa menahan marah.
Jam di pergelangan tangan dibelek. Baru pukul 12 tengah hari.
"Awal lagi." ujarnya bersahaja.
"Balik sekarang."
"Zira belum shopping lagi." kaki dihentak sedikit tanda protes walaupun papa tidak melihat.
"Papa bagi kamu masa 30 minit untuk sampai rumah. Kalau tak, siap kamu."
"Papa." Suaranya kuat memanggil papa. Mata-mata orang yang sedang memandang kearahnya dia tidak hiraukan. Sakit hatinya mendengar arahan papa.
"No excuse. 30 minit dari sekarang." Tidak sempat mahu membalas papanya sudah menutup panggilan.
"Asal?" Tanya Aishah hairan apabila melihat rakannya seperti menahan marah.
"Papa aku nak balik kampung sekarang. Aku gerak dulu. Nanti aku call kau." Tanpa menanti balasan Aishah, kakinya laju menuju ke tempat kereta. Ugutan papa tidak boleh dipandang ringan. Silap-silap keretanya boleh diambil semula.
YOU ARE READING
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...