'Hendaklah engkau tahu bahawa apa saja yang ditakdirkan akan menimpamu, tidak akan luput darimu. (tetap akan menimpamu)'
"Assalamualaikum." Suara orang memberi salam di luar rumah membuatkan Dato' Uthman dan Datin Aini berpandangan satu sama lain.
Siapa pula datang malam-malam begini?
"Siapa datang tu bang?" Tanya Datin Aini pada suaminya.
"Entah. Sekejap abang pergi tengok."
"Umar ni macam mana? Takkan kita nak biar je dia terbaring dekat sini."
"Nanti suruh Yusuf papah dia ke atas. Abang nak tengok siapa datang tu." Dato' Uthman terus berlalu ke muka pintu utama. Pintu ditarik perlahan.
Wajah beberapa orang lelaki yang hampir sebaya dengannya berdiri di depan pintu. Dia memandang pelik. Orang minta dermakah? Tapi takkan selewat ini?
"Boleh saya tahu, ada apa ya ramai-ramai ni?" Dato' Uthman menyusun ayat. Tidak tahu mahu memulakan bicara bagaimana.
"Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat laporan yang ada lelaki dan perempuan yang bukan mahram tinggal berduaan di rumah ini." Terang salah seorang dari mereka. Rombongan yang lain mengangguk menyetujui apa yang dikatakan lelaki itu.
Dato' Uthman menelan air liur mendengar kata-kata lelaki itu. Terkejut mendengar. Kejadian yang menimpa Umairah dan Umar ada kena mengena dengan semua inikah? Adakah ini semua perangkap?
Semua persoalan itu disimpan dahulu. Dia perlu menguruskan orang-orang ini terlebih dulu.
"Saya rasa encik semua ni dah salah rumah. Dekat rumah ni tak ada seperti yang encik katakan tadi." riak wajah cuba dikawal. Banyak perkara yang membuatkan dia sendiri tertanya-tanya.
"Tapi memang alamat ni yang dilaporkan." Sehelai kertas ditunjukkan pada Dato' Uthman. Tertera alamat rumahnya disitu.
"Macam nilah encik, boleh kami masuk dan sahkan apa yang encik katakan tadi benar?"
"Boleh." Balas Dato' Uthman yakin. Dia tidak risau kerana memang sudah terang-terang tiada perkara yang dikatakan oleh mereka semua ini dirumahnya. Pintu dibuka luas. Menjemput 6 orang lelaki itu masuk.
Dalam hati bersyukur kerana mereka anak beranak tiba terlebih dahulu berbanding orang-orang Jabatan Agama Islam. Kalau orang ini sampai ke rumahnya awal, pasti Umar dan Umairah akan ditangkap khalwat.
Mendengar bunyi kecoh berhampiran ruang tamu membuatkan Datin Aini bangun dari duduk untuk melihat. Sama seperti reaksi Dato' Uthman, Datin Aini juga terkejut melihat orang ramai di dalam rumah mereka.
"Abang. Siapa mereka ni?" Datin Aini memandang suaminya hairan.
"Maaf mengganggu. Kami semua dari Jabatan Agama Islam. Kami terima laporan ada lelaki dan perempuan yang bersekedudukan tanpa ikatan yang sah di rumah ini. Boleh saya tahu hubungan puan dengan encik ni?"
Tidak sempat Dato' Uthman mahu menjelaskan pada isterinya. Lelaki yang mengetuai rombongan itu terus menerangkan dan bertanya pada isterinya.
"Jabatan Agama Islam? Kenapa dia orang datang rumah kita bang?" Pertanyaan lelaki itu dibiarkan dan bertanya pada suaminya pula.
"Boleh puan jawab dulu soalan saya tadi?"
"Mommy." Panggil Yusuf yang baru saja turun dari atas selepas menghantar adiknya ke bilik. Dia juga terkaku melihat orang yang tidak dikenali di dalam rumah. Kalau seorang mungkin dia tidak sepelik sekarang tetapi didepannya ramai.
Mommy dan daddy jemput orang masjid ke? Takkan dalam saat genting begini mommy mahu membuat makan-makan pula. Kepala yang tidak gatal digaru.
Kening diangkat sebagai tanda mahu mommy menjawab persoalannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/228196790-288-k88654.jpg)
YOU ARE READING
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...