🍁B A B 58

9.8K 324 77
                                        

"Bagaimana kamu boleh mencintai seseorang yang telah menghancurkan hatimu walaupun yang tinggal hanya kepingan-kepingan kecil?"

Floral chiffon long dress bewarna purple digayakan dengan shawl senada menaikan seri keayuan Umairah. Perfume disembur sedikit dan berlalu keluar dari bilik.

Mulut bernyanyi kecil. Entah kenapa hatinya terasa senang hari ini. Mungkin perkara baik akan berlaku.

"Mai."

Panggilan umi membuatkan Umairah segera menoleh.

"Umai nak pergi mana cantik-cantik ni?" pelik juga dia melihat Umairah bersiap begitu. Selalunya gadis ini akan memberitahunya terlebih dahulu jika mahu kemana-mana.

"Umai nak keluar sekejap. Sekali tu nak pergi tengok-tengok rumah maksu. Umi boleh jagakan Rara kan?" selalunya kalau dia keluar sendiri, dia tidak akan membawa Ayra kerana sukar untuk diuruskan. Aariz juga melarang dia membawa Ayra jika sendirian. Bahaya.

Lupa pula dia mahu memaklumkan pada umi semalam akan kepergiannya hari ini.

"Boleh saja. Ingatkan kamu nak pergi mana tadi. Hati-hati tau. Apa-apa hal call umi atau Aariz."

"Baik umi." Tangan wanita itu di salam.

Buka sahaja pintu rumah, matanya terhidang dengan jambangan bunga lily. Sudah dua minggu dia tidak menerima sebarang bunga mahupun kad. Tetapi hari ini dia kembali menerimanya.

Kad yang terselit diambil dan di masukkan ke dalam handbag. Tiada niat lagi mahu membaca. Jambangan bunga itu dibawa bersama.

Dalam melangkah, bunga itu di cium lama. Hari ini terasa lain pula wangian pada bunga ini. Bau seseorang.

Telefon yang berdering menghentikan langkah Umairah. Nombor yang tidak di kenali tertera di screen. Tangannya menggesel perlahan tanda hijau.

"Hello?" Umairah memulakan perbualan.

"Assalamualaikum Nur Umairah." Suara seseorang di sana membalas.

Umairah terkedu. Dia tidak salah dengar kan? Umar?

"Waalaikumusalam. Siapa ni ya?" Umairah bertanya untuk kepastian.

"Umar. Umairah sihat?" Tanya Umar dengan suara bergetar. Entah kenapa hari ini dia mendapat keberanian untuk menjadi Umar yang sebenarnya.

Setelah 2 minggu berlalu tanpa melihat wajah Umairah, dia rasakan hari ini hari yang tepat untuk memujuk Umairah. Perjumpaan terakhirnya dengan Umairah di Niagara Falls menyedarkan dia yang Umairah juga seakan menunggu dirinya.

Langkah sudah di atur lama tetapi kerana masalah keluarga di Malaysia membuatkan Umar menunda.

"Alhamdulillah. Sihat. Umar?" Umairah tidak tahu mahu beriak bagaimana. Sebenarnya dia turut sebak. Entah kenapa hatinya seakan rasakan sesuatu. Rasa yang sudah lama dia kuburkan.

"Kalau Umar nak jumpa Umai boleh?"

"Untuk apa?"

"Untuk tebus kembali apa yang Umar lepaskan dulu. Beri Umar peluang?"

Mata disapu menggunakan hujung blouse apabila mendengar permintaan itu. Bila-bila masa sahaja air mata itu akan mengalir keluar.

Pandangan di halakan ke hadapan. Cuba membuang rasa sedih. Serta merta matanya menangkap tubuh Qai di seberang jalan. Lelaki itu juga sama sepertinya sedang menjawab panggilan.

Tangan Qai melambai kearahnya.

"Umai?" Umar memanggil lagi.

"Umai dah jumpa pengganti Umar." Lambaian tangan Qai dibalas tanpa menyedari Umar dan Qai adalah orang yang sama.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 09, 2022 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang