🍁B A B 5

4.7K 336 38
                                        

'Ya Allah, tegarkanlah hatiku dikala takdirMu tidak sesuai dengan harapanku.'

"Tak keluar pulak kau harini. Selalunya waktu macam ni kau tak lekat dekat rumah. Dah insaf ke?" perli Umar pada adiknya yang sedang menonton kdrama. Punggung dilabuhkan disebelah Aishah.

"Zira takde. Malas nak keluar." Balasnya bersahaja. Mulut mengunyah keropok ikan yang digoreng mommy.

"Bagus jugak Zira tu tak ada. Tak berkenan betul angah tengok kau berkawan dengan dia." Tutur Umar lagi. Wajah adiknya dipandang sekilas.

Mata turun pada pakaian Aishah. Padan saja mommy selalu membebel mengenai pakaian Aishah, betul-betul macam terbogel pakaian yang tersarung di tubuh. Bagaimana lelaki diluar sana memandang Aishah?

"Zira tu baiklah. Angah je tak reti menilai." Tidak fokus matanya mahu melihat kdrama apabila topik rakan baiknya menjadi perbualan.

"Baik apanya kalau mengajar kau bukan-bukan? Pakaian kau ni pun dah macam telanjang angah tengok. Malu la sikit. Dengan seluar pendeknya. Singlet tali kecik." Tali singlet itu ditarik dan dilepaskan kuat.

Kalau Yusuf mungkin bicaranya lebih teratur dan sopan apabila menegur Aishah tetapi tidak bagi Umar Qaiser. Mungkin kerana perbezaan umur yang hanya 3 tahun membuatkan dia selalu berkata lepas saja pada Aishah.

Tambahan pula Aishah bukan jenis mendengar kata. Bicara kasar pun tidak jalan apatah lagi bicara lembut. Memang langsung tak didengar.

"Sakitlah. Pakaian ni tak melambangkan diri seseorang pun. Angah ingat orang yang pakai baju kurung, bertudung tu baik sangat ke?" marah Aishah pada Umar apabila pakaiannya pula menjadi topik.

"Sekurang-kurangnya dia tutup jugak. Dengarlah nasihat orang sikit. Jangan sampai dah kena baru nak menyesal." Pesan Umar sebelum pergi meninggalkan adiknya.

Dia sayangkan Aishah walaupun perangai Aishah begitu dan disebabkan sayanglah dia menegur. Dia takut andai sesuatu yang tidak diingini berlaku pada satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

"Aishah benci angah." Jerit Aishah kuat. Bantal kusyen dibaling ke merata tempat. Mata menilik pakaian sendiri.

Teruk sangatkah pakaiannya?

Umar meneruskan langkah kaki ke atas tanpa menghiraukan jeritan adiknya. Banyak lagi assignment yang perlu disiapkan olehnya malam ini.

Niatnya mahu membancuh milo panas sewaktu turun tadi dibiarkan saja apabila terpandang Aishah. Jarang dia boleh berbual atau menegur adiknya memandangkan Aishah jarang ada dirumah. Hampir 70% hidup Aishah adalah diluar bersama Hazira. Dia sendiri tidak pasti apa yang dilakukan Aishah.

Mahu dikatakan dirinya baik, tidak juga. Tetapi dia tidak bersosial seperti Aishah. Hidupnya banyak dihabiskan dengan rakan-rakan lelaki sahaja dan membantu daddy di syarikat apabila mempunyai waktu lapang.

Kawan perempuan? Dia tidak berminat buat masa sekarang. Baginya wanita merupakan makhluk yang bermasalah kecuali mommy. Contohnya lihat saja Aishah Qaireen sendiri. Lagi bermasalah.


Pintu bilik umi ditolak lembut. Bibir terukir senyuman apabila melihat umi masih tidur. Jarang umi bangun lewat untuk solat subuh. Umairah bergerak kearah katil umi. Tangan menyentuh hujung kaki umi untuk mengejut wanita itu. Mata jatuh pada wajah tenang umi.

"Tidur pun umi boleh senyum. Kalau Umai mesti mulut dah ternganga." Ujar Umai pada diri sendiri. Terletus tawa kecil dimulutnya.

"Umi. Umi." Panggil Umai sambil tangan menggerakkan kaki umi. Lima kali memanggil tetapi wanita yang sedang tidur itu masih tidak bergerak.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang