'Terkadang kita tidak dapat apa yang diimpikan lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Tanpa sedar apa yang kita peroleh lebih baik dari apa yang diharapkan."
"Ya Allah, Umairah." Jerit Datin Aini kuat. Laju dia melangkah menghampiri tubuh Umairah yang sudah terduduk sambil memeluk lutut di sudut penjuru bilik.
Bunyi tangisan Umairah semakin kuat apabila tubuh itu dipeluk Datin Aini.
Segala yang berlaku malam tadi seakan menghantui dirinya. Terbayang-bayang dimata perlakuan Umar membuatkan dia membaling gelas yang berada disisi. Berharap agar bayangan itu hilang dari pandangan mata.
"Shuhh. Jangan takut. Aunty ada ni." Pujuk Datin Aini lembut. Pelukannya dibalas erat oleh Umairah. Seperti tidak mahu dilepaskan.
"Umai dah tak suci. Umai dah kotor." Ayat yang sama diulang Umairah sejak dia sedar beberapa jam lalu. Hanya itu yang bermain difikirannya apabila dia tidak sedarkan diri selepas kejadian itu.
"Umai tak kotor sayang. Allah masih jaga Umai. Umai jangan lah macam ni." Mengalir air mata dipipi wanita itu mendengar luahan Umairah. Pelukan dirungkai. Tangan memegang kedua pipi Umairah agar gadis itu melihat wajahnya. Rambut yang menutupi wajah pucat itu diselak perlahan.
Umairah cuba mentafsir ayat yang baru diucap Datin Aini.
"Umai tak kena rogol?" Umairah menanti jawapan penting itu.
"Tak, sayang. Yusuf sempat selamatkan Umai. Umai jangan takut ye. Aunty janji tak tinggal Umai lagi. Aunty minta maaf bagi pihak Umar. Aunty minta maaf."
"Aunty tak tipu kan?" Umairah meminta kepastian. Mata merenung mata wanita didepannya.
"Sumpah aunty tak tipu. Umai masih suci."
Umairah terdiam mendengar kata-kata itu. Dia selamat dari dinodai? Selamat?
"Terima kasih Ya Allah. Terima kasih." Bisik Umairah sendiri. Air mata makin mengalir deras. Bukan lagi kerana kecewa tetapi bersyukur. Bersyukur kerana mahkota yang dijaga selama ini masih selamat.
Nafas ditarik perlahan. Air mata dihapuskan. Cuba menyedarkan diri kembali setelah menerima berita gembira itu.
Rambut yang tidak terurus diusapnya sendiri. Dia mula sedar dari mimpi hitam itu. Dia terlupa sesuatu. Lupa mahu mengadu pada Nya. Lupa mahu memohon keampunan. Dia terlalu leka dengan kesedihan sehingga membawa diri terlalu jauh dari yang Maha Esa.
"Terima kasih datang selamatkan Umai. Terima kasih. Jasa Yusuf akan Umai bawa sehingga mati." Tutur Umairah Ikhlas pada Datin Aini memandang Yusuf dan Dato' Uthman berdiri di luar bilik.
"Tak perlu ucap terima kasih. Auntu bersyukur sangat Umai selamat. Sekarang ni Umai pergi mandi ye? Lepastu kita makan."
Umairah mengangguk senang.
"Umar mana?" Tanya Umairah teragak-agak. Tiba-tiba saja otaknya memikirkan Umar. Walaupun takut mahu berjumpa lelaki itu lagi tapi ada baiknya dia tahu apa yang berlaku pada Umar sehingga dia terselamat dari menjadi mangsa rogol.
Tambahan pula perlakuan pelik Umar padanya semalam masih menjadi persoalan di fikiran. Dia yakin bukan diri Umar sebenar yang berada dihadapannya semalam.
"Nanti kita bincang lagi. Umai rehatlah dulu." Datin Aini membantu Umairah untuk berdiri. Gadis itu diletakkan di atas katil sebelum dia bergerak mahu meninggalkan bilik itu.
Umairah memandang pemergian Datin Aini sehingga pintu biliknya ditutup. Perlahan-lahan dia bangkit menuju ke meja solek. Mahu melihat wajahnya.
Wajah pucat dan mata sembabnya disentuh perlahan. Tangan mula bergerak kearah dahinya yang berbalut dan jatuh pula pada pipi yang lebam akibat ditampar Umar. Mutiara jernih dimatanya mengalir perlahan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomansaDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
