'Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (ukuran) yang telah ditentukan.'
{Al-Qamar ; 49}
14 Februari 2000
"Cik Nora mengandung. Dah nak masuk tiga bulan."
Kata-kata yang baru saja diucapkan oleh Doktor Kamariah iaitu doktor peribadi keluarganya menyentakkan seisi keluarga yang mendengar begitu juga dirinya. Dia terkaku sendiri. Tidak menyangka di dalam rahimnya terkandung sesuatu yang bernyawa.
PANG
Terteleng wajahnya ke kanan apabila tangan kasar milik papanya dilayangkan pada wajah. Bibir yang pecah mengalirkan cecair bewarna merah. Tangan mengelap lembut darah itu. Tiada setitik air mata yang keluar tanda menyesali perbuatannya.
"Kau mengandungkan anak siapa? Siapa bapak anak haram kau ni?" Menyinga wajah Dato' Ahmad pada satu-satunya anak gadisnya. Dada yang semakin sakit mencengkam dia tidak hiraukan. Hatinya panas menggelegak mendengar berita kehamilan anaknya.
Jika keluarga lain pastinya gembira mendengar berita ini kerana bakal menerima ahli keluarga baru tetapi bagaimana dia harus gembira jika anaknya mengandung tanpa menikah? Dia sendiri tidak tahu lelaki durjana mana yang telah menodai anak gadisnya.
Terdiam semua mendengar amarah Dato' Ahmad.
"Cakap dengan mama, siapa mengandungkan kamu? Kamu kena rogol kan?" Datin Maria mendekati anaknya. Bahu digoncang kuat oleh Datin Maria. Wajah tua yang sedang menangis itu dipandang tanpa perasaan.
"Nora mengandungkan anak Hazril." Ujarnya perlahan tanpa memandang wajah kedua ibu bapanya dan doktor Kamariah yang hanya berdiri ditepi katil.
"Saya minta diri dulu Dato' dan Datin." Doktor Kamariah meminta izin untuk pulang memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan dia untuk terus berada disitu. Tanpa menunggu balasan, beg bimbitnya diambil dan terus meninggalkan bilik mewah itu.
"Anak Hazril? Kamu dah gila ke, Nora?" Marah Datin Maria pula.
Dia tahu mama dan papanya tidak pernah merestui hubungan cinta yang dijalin bersama Hazril. Sebabnya hanya satu iaitu kerana Hazril berasal dari keluarga sederhana. Tidak sekaya keluarganya. Lihat saja pangkat yang dimiliki mama dan papa. Dia dan Hazril bagai langit dan bumi.
"Izinkan Nora kahwin dengan Hazril."
"Sampai aku mati pun, aku tak akan pernah izinkan kamu kahwin dengan lelaki tu." Melengking suara milik papanya.
Laju mata menikam wajah milik papanya. Dia lakukan perbuatan terkutuk itu untuk mendapat persetujuan keluarganya. Bukan seperti ini yang dirancangnya. Laju kaki bergerak kearah Dato' Ahmad. Memeluk erat kaki papa yang sedang berdiri menahan marah itu.
"Kalau papa tak izinkan Nora kahwin dengan Hazril, Nora gugurkan bayi ni." Sengaja dia mengugut papa begitu.
Sejujurnya dia tidak kisah jika bayi dalam kandungan ini mati sekalipun. Dia hanya mahukan persetujuan keluarganya. Jika boleh dia sendiri pun tidak mahu mengandung dalam usia belasan tahun.
"Jangan nak menambah dosa, Nora. Bayi tu tak bersalah." Nasihat mamanya.
"Biarkan Nora dan Hazril kahwin kalau mama dan papa tak nak Nora menambah dosa." Desak dia lagi.
"Kamu boleh kahwin dengan Hazril." Jelas terkejut mendengar persetujuan papa. Ini yang dimahukan dirinya.
"Betul ke papa?" tanya Nora tidak percaya. Wajah gembira mula terpancar.
YOU ARE READING
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...