🍁B A B 27

4.2K 250 23
                                        

'Cinta mungkin hadir kerana takdir tapi tak ada salahnya kita saling memperjuangkan.'

Kawasan bilik yang di diami selama seminggu itu direnung sayu. Terasa berat mahu meninggalkan rumah ini. Rumah yang penuh dengan kasih sayang. Rumah yang mempunyai orang yang selalu mengambil berat tentang dirinya.

Dia akui rumah ini memberinya sedikit sebanyak kebahagiaan. Kebahagiaan sudah lama tidak dirasainya selepas ketiadaan umi disisi. Keluhan berat dilepaskan.

Punggung dilabuhkan di atas katil yang sudah siap dikemas. Patung beruang kesayangan dibawa ke dalam pelukan. Hati terasa sesak kerana menahan tangisan. Ya, dia tidak mahu menangis lagi.

Dia redha saja atas segala keputusan papa dan Dato' Uthman. Tiada hati untuk membantah lagi. Mahu menerangkan segalanya pada Umar pun dia sudah putus asa. Lelaki itu tetap menyalahkannya. Mungkin benar semua ini berlaku kerananya.

Kalaulah dia tidak mambantu memapah Umar malam itu, pasti hal ini tidak akan terjadi. Kalaulah dia tidak tinggal disini. Kalaulah dia tidak mengenali keluarga ini. Kalaulah. Semua perkataan 'kalau' itu tidak mampu dia menidakkan lagi. Semua itu telah pun terjadi.

Kedua tangan diangkat menutup wajah. Kepala ditundukkan. Menahan pelbagai rasa yang hadir.

Pintu bilik yang tertutup rapat dibuka perlahan. Menjenguk keberadaan Umairah. Dilihatnya gadis itu sedang menunduk dengan kedua tangan di wajah. Dia menghampiri katil. Punggung dilabuhkan disebelah Umairah.

Umairah menoleh apabila terasa seseorang duduk disebelahnya.

"Aunty."

Tubuh kecil Umairah dibawa ke dalam pelukan. Tepi kepala gadis itu dicium lembut. Jelas kelihatan raut sedih di wajah putih itu.

"Umai dah siap kemas-kemas?"

"Dah." Umairah memusingkan tubuh supaya berhadapan dengan Datin Aini. Tangan wanita itu dipegang erat.

"Terima kasih sudi tumpangkan Umai dekat sini. Umai minta maaf sebab kehadiran umai hanya menambah masalah dalam keluarga ni. Umai tak sangka akan jadi macam ni."

"Sama-sama sayang. Aunty tak salahkan Umai pun. Mungkin semua ni memang sudah ditulis oleh Allah sejak azali lagi. Mungkin ini salah satu cara Allah nak satukan Umai dan Umar. Aunty redha." Kepala Umairah diusap lembut. Tidak sangka gadis yang pernah diidamkan mahu dijadikan menantu kini benar-benar akan menjadi menantunya.

"Aunty yakin perkahwinan ni akan diterima Umar? Umai takut kalau ikatan ni hanya menjadi beban dalam hidup dia. Umai taknak tengok dia terluka." Walaupun dia menyukai Umar dalam diam, dia tidak mahu melihat Umar terluka dengan keputusan ini.

Jika mereka diciptakan bersama, dia mahu mereka berkahwin kerana suka sama suka bukan hanya desakan semua.

"Aunty yakin Umai dan Umar akan bahagia. Tentang Umar tu Umai jangan risau. Nanti aunty bincang dengan dia semula."

Umairah hanya mendengar. Dalam hati masih tidak yakin dengan keputusan besar itu. Memang dia ikhlaskan saja aturan keluarganya tetapi dia yakin akan ada yang tidak kena akan berlaku dalam urusan ini.

Paper bag Tiffany & Co bewarna biru yang berada disebelahnya diambil dan diserahkan pada Umairah.

Umairah memandang pelik. Pandangan matanya seolah bertanya 'apa ni?'

Tanpa menjawab pertanyaan Umairah, seutas gelang dikeluarkan dari kotak biru cair itu dan diletakkan di tangan Umairah.

"Ni hadiah dari aunty untuk Umai. Anggap saja hadiah ni sebagai tanda Umai bakal menjadi milik Umar. Dua minggu lagi keluarga aunty akan datang rumah Umai untuk merisik. Kita buat bertunang sekali." Terang Datin Aini bersama senyuman manis.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang