🍁B A B 53

5.2K 278 58
                                        

"Lebih baik diluka oleh kebenaran berbanding dihibur oleh kebohongan"

Semakin banyak kata yang keluar dari mulut Aishah, semakin terbentang kebenaran yang terjadi dua tahun lepas. Kini dia tahu dari mana segala silapnya pada Umairah bermula. Semuanya salah Ikhwan dan Aishah. Kerana silap mereka, dia dijadikan mangsa dan dia kemudiannya meletakkan kesalahan 100% pada Umairah.

Sedangkan Aishah dan Ikhwan masih boleh bergembira melalui hari-hari mereka dengan baik.

Kerana dendam yang dicipta sendiri oleh Ikhwan, keluarganya musnah.

Sudah jelas bukan salahnya yang menyebabkan kematian Izwani Nasuha lebih kurang 4 tahun lalu tapi rupanya dalam diam Ikhwan menyalahkan dia.

Tiada siapa meminta perkara itu berlaku bahkan dia juga. Cuma tika itu dia berada di tempat dan masa yang salah atau lebih tepat lagi dia hanya gagal menyelamatkan Izwani.

Sememangnya sudah tertulis sejak azali ajal Izwani disitu dan dia sebagai insan yang melihatnya.

Ikhwan seharusnya lebih faham memandangkan dia turut berada disitu dan melihat sendiri harapan Izwani untuk hidup sangatlah tipis.

Wajah diraup kasar. Dia tidak menerima alasan itu sebagai punca Ikhwan dan Aishah menghancurkan hidupnya.

Aishah yang masih melutut di hadapan Umairah dipandang dengan rasa benci. Kaki diarak mendekati Aishah. Tubuh adiknya ditarik dan dipaksa berdiri. Wajah yang sembab dan pucat itu sedikit pun tidak menimbulkan kasihan dihatinya.

Kala ini hatinya terlalu kecewa dengan apa yang dilakukan Aishah. Lebih kecewa dari dia menatap mata Ikhwan lebih setahun lalu.

"Sakit." Adu Aishah apabila pegangan abangnya terlalu kuat mencengkam.

"Tolong maafkan Aishah. Aishah sanggup buat apa saja untuk tebus semua kesalahan ni." Rayu Aishah lagi. Wajah merah Umar membuktikan abangnya begitu marah tika ini.

Semua sedia tahu Umar sememangnya mempunyai perangai baran. Mungkin disebabkan dia mengandung sahaja abangnya masih bertindak rasional walaupun masih menyakitkan. Tidak dapat dibayangkan jika keadaanya tidak berbadan dua. Mungkin sekarang dia sudah berada di hospital akibat di kerjakan oleh Umar.

"Sakit? Aku lagi sakit saat ni. Aku tak akan pernah maafkan kau atas apa yang kau buat pada aku dan Umai selama ni. Sampai nyawa aku terpisah dari badan sekali pun, aku tak akan pernah maafkan kau. Dah mulai hari ini, kau bukan adik aku lagi. Aku malu ada adik macam kau." Ujar Umar begitu tegas. Tangan dilepaskan dari lengan Aishah.

"Tolong jangan hukum Aishah macam tu. Aishah sayangkan angah. Walau apapun jadi, Aishah masih adik angah." Tubuh Umar dipeluk erat. Dia terpaksa lakukan semua ini. Dia terpaksa. Bagaimana dia mahu hidup jika semua orang membuangnya.

Tubuh Aishah ditolak menjauh.

"Kau sayangkan aku? Kalau sayang, kau tak akan khianati darah daging kau sendiri. Sepatutnya kau sedar. Di saat kau ambil keputusan untuk bantu Ikhwan hancurkan aku, hubungan darah antara kau dan aku dah tak pernah wujud. Tak pernah wujud, Aishah Qaireen." Melengking kuat suara itu sekali lagi.

"Angah faham tak Aishah terpaksa? Kalau bukan sebab dendam tu, semua ni tak jadi." Aishah mula tertekan apabila Umar seakan enggan memaafkan dirinya.

"Walau apapun sebabnya, aku tak akan maafkan kau dengan Ikhwan." Katanya tekad.

Kaki diarak meninggalkan rumah agam Dato' Hazril. Perasaannya bercampur baur. Sedih, marah dan kecewa.

Kini dia berharap semua ini hanyalah mimpi.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang