🍁B A B 1

6.2K 403 35
                                    

'Semua orang memiliki jalan dan takdir masing-masing.'

20 tahun kemudian

"Umai menungkan apa?" Teguran lembut wanita berusia 65 tahun itu padanya menyentakkan diri yang sedang mengelamun memandang suasana petang.

Wajah tua milik neneknya yang dipanggil umi itu dipandang. Dia tersenyum sedikit sambil memberi ruang kepada umi untuk duduk disebelah.

"Umai tengok budak-budak tu." Balas Umairah sambil menunjuk pada beberapa orang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain basikal di depan laman rumahnya. Riuh rendah suasana apabila kanak-kanak itu mula bergaduh mulut sesama sendiri. Umairah tertawa halus.

Tawa dan senyuman mati tiba-tiba apabila teringat zaman kanak-kanaknya tidak seindah kanak-kanak itu. Tidak pernah dia rasakan keriuhan bermain bersama teman-teman sebaya.

Zaman kecilnya banyak dihabiskan dengan belajar dan membantu umi. Tiada siapa yang sudi berkawan dengannya kecuali anak Tok Imam iaitu Zainirah.

Kini dia keseorangan kembali apabila Zainirah melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur sebaik saja mendapat keputusan SPM. Dirinya pula masih dikampung menemani umi.

Bukan dia tidak mahu melanjutkan pelajaran seperti Zainirah tetapi dia kesian mahu meninggalkan umi. Umi sudah terlalu tua untuk tinggal sendirian.

Keluhan berat dilepaskan.

"Kenapa mengeluh ni. Umai fikirkan apa?"

Kepala digelengkan. "Umai masih tertanya kenapa umi tak benarkan Umai terlalu rapat dengan orang? Kenapa Umai perlu menghabiskan masa hanya dirumah berbanding di luar?" Tanyaku teragak-agak.

"Umi taknak Umai terluka. Perempuan sebaik Umai tidak seharusnya terluka dengan kata-kata manusia yang tidak faham akan keadaan Umai." Terang umi perlahan. Terlihat air mata umi mengalir.

Wajah putih bersih milik cucu sulungnya itu ditatap lembut. Dia terlalu sayangkan Umairah. Dia sanggup lakukan apa saja asalkan Umairah tidak terluka.

"Umai minta maaf. Umi janganlah menangis. Umai janji tak tanya lagi." tangan Umai angkat tinggi persis ikrar.

Tubuh kecil Umairah ditariknya dalam pelukan. "Umi minta maaf kalau umi selalu mengongkong Umai. Umi buat semua ni untuk kebaikan Umai jugak. Umi harap Umai faham." Umai mengangguk lembut.

Dia sedar akan statusnya. Ramai orang kampung yang tidak senang akan kehadirannya di sini. Tahu-tahu sajalah mulut orang bila berbicara. Kadangkala mula manusia ini lebih tajam dari bilah pisau.

Dia membalas pelukan umi erat. Dia bersyukur kerana masih mempunyai umi di dunia ini. Bayangkan jika umi tidak mengambilnya 20 lepas, dimanakah dirinya sekarang? Entah hidup ataupun mati.


Bunyi azan maghrib yang sedang berkumandang di Masjid berdekatan membuatkan Umairah dan Nek Idah bangkit dari duduk diruang tamu menuju ke bilik masing-masing. Bersiap sedia untuk menunaikan solat. Kain telekung putih yang tersidai di ambil dan memakainya. Kaki bergerak kearah sejadah yang sudah dibentang tadi.

Badan mula menghadap kiblat untuk bersujud padaNya.

"Allahu Akbar."

Selesai memberi salam, zikir dan ayat kursi mula meniti di bibir merah milik Umairah. Itu yang diajar sejak dari kecil oleh uminya. Tangan diangkat sederhana untuk memulakan doa. Meminta pada yang Maha Esa.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, Tuhan yang maha mengampuni tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh kami sebagai hambaMu, Engkau ampunilah dosa-dosaku, dosa umi yang menjagaku, dosa ibu bapaku, dosa adikku, dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah....."

Seindah Takdir UmairahWhere stories live. Discover now