'Takdir Tuhan ada dihujung usaha manusia.'
Baju kurung cotton bercorak bunga kecil yang tersarung cantik pada tubuh langsingnya dibetul-betulkan agar tidak berkedut. Tangan naik menguruskan rambut panjangnya pula yang masih belum disanggul.
Siap menyanggul rambut, wajah yang bersih tanpa sebarang contengan itu disapu dengan sedikit bedak serbuk. Lipstick di buka dan dioles pada bibirnya yang nampak pucat.
Setelah berpuas hati melihat dirinya, Umairah bergerak kearah meja di mana dia meletakkan tudungnya. Tudung bawal yang setona dengan bajunya itu diletakkan lembut di atas kepala. Gaya ringkas dikenakan. Dia berpusing-pusing di depan cermin seketika sebelum keluar dari bilik pakaian itu.
"Allah." Dada diusap perlahan.
Terkejut dirinya apabila wajah papa yang sedang merenungnya terpampang di depan mata sebaik saja dia menutup pintu bilik pakaian. Papa tertawa melihat wajah terkejutnya.
"Terkejut pun comel anak papa ni." Ujar Dato' Hazril bersama tawa yang masih bersisa. Mata menilik pakaian Umairah. Sopan sungguh pemakaian anak gadisnya. Menaikkan lagi seri kecantikan Umairah.
"Dah lama ke papa masuk? Sorry Umai tak perasan."
"Baru je. Papa panggil Umai tapi tak nyahut pun so papa duduk la dulu. Tak sangka pulak Umai terkejut."
Umairah mengangguk faham. Jam dinding bercorak sofia the first yang tergantung di dinding biliknya dikerling sekilas. 7:05 pagi.
"Umai dah siapkan? Jom turun. Kita breakfast dulu."
"Dah. Sekejap Umai nak ambil luggage." Umairah berlari anak ke arah tempat luggage. Handbag yang dia letak disebelah luggage juga diragut pantas.
Dato' Hazril menggeleng melihat sikap anaknya. Nampak saja sudah besar tapi masih keanak-anakan.
"Jom." Ajak Umairah sambil menarik luggage besarnya. Pintu bilik dibuka untuk mereka keluar.
Baru saja kaki mahu melangkah ke dalam lift, dia teringatkan patung beruang kesayangannya. Laju dia berlari meninggalkan papanya tanpa sebarang kata. Patung yang sedang elok duduk di atas katil itu dicapai dan berlalu keluar dari bilik.
"Umai nak bawak dia masuk U?" Tanya Dato' Hazril tidak percaya. Tidak malukah gadis itu kalau orang sekeliling memandang?
Umairah mengangguk yakin. "Umai tak boleh tidur kalau dia tak ada."
Kata-kata Umairah menggelikan hati Dato' Hazril.
"Tak lama lagi Umai kena letak patung ni dekat tepi saja lah." Ujar Dato' Hazril bersahaja.
"Kenapa pulak?" Umairah tidak memahami ayat yang diucapkan papanya.
"Lepas ni Umai kena peluk Umar pulak."
Umairah masih tidak dapat mentafsir ayat itu. Lima saat berlalu dan dia tersedar sesuatu. Memerah wajah putihnya apabila dia mula memahami. Tangan naik menutup wajahnya yang semakin membahang.
"Malu-malu pulak anak papa ni." Usik Dato' Hazril lagi. Senang hatinya melihat Umairah sudah mula membiasakan diri dengannya. Dalam hati dia berharap anak sulungnya ini sentiasa bahagia.
Umairah memalingkan wajahnya ketepi. Malu!
Suapan Umairah dan Dato' Hazril terhenti apabila kelibat Hazira dan Datin Nora menyapa mata mereka. Sebenarnya mereka lebih terkaku pada Hazira. Pemakaian Nur Hazira. Dia mahu mendaftar masuk universiti atau pergi ke shopping mall?
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
