"Takdir bukan berdiam diri sahaja, ia menunggu kita memainkan ceritanya."
"Awak tak nak sarapan dulu sebelum pergi class?"
"Tak payah nak tunjuk baik. Aku malas nak gaduh dengan kau pagi-pagi ni. Buat hilang mood aku je." Balas Umar tanpa perasaan.
Minuman 3 in 1 diambil dan dituang ke dalam mug. Air panas dari mesin Coway ditekan. Semerbak ruangan dapur itu dengan bau nescafe.
Umairah hanya mengganguk kecewa. Nasi goreng kampung di depannya dipandang sebak. Dia sangkakan Umar akan menjamah walaupun sedikit, nampaknya terpaksalah dia makan sendiri.
Selesai sahaja mencuci mug, Umar terus berlalu keluar. Sedikit pun wajah kecewa Umairah tidak terkesan di hatinya.
"Ada aku suruh kau masak? Makan lah kau sorang-sorang." Bebel Umar sendiri sebelum masuk ke dalam kereta.
Nasi goreng kampung di dalam pinggan di kuis-kuis. Dia tiada selera mahu makan.
Bunyi telefon menyentakkan Umairah. Laju dia berlari ke ruang tamu. Nama mommy tertera di screen. Tanda hijau di sentuh perlahan.
"Assalamualaikum. Umai apa khabar?" Mommy memulakan bicara sebaik saja panggilan bersambung.
"Waalaikumusalam. Umai sihat je. Ada apa mommy call pagi-pagi ni? Mommy nak cakap dengan abang Umar ke?"
"Tak lah. Mommy nak cakap dengan Umai. Mommy dengan daddy rindu dekat Umai. Sejak Umai kahwin dengan Umar, kamu berdua tak balik lagi jenguk kami." Kedengaran sedih saja suara mommy berkata.
Umai terngadah sendiri. Terasa berdosa mendengar luahan mommy. Sejak dia bernikah dengan Umar sebulan lepas, bukan saja rumah mommy dan daddy tetapi rumah papanya juga dia tidak pergi.
Semuanya kerana Umar tidak mengizinkan. Disebabkan dia takut Umar meradang, dia diamkan sahaja walaupun dia turut rindukan keluarganya dan keluarga Umar.
"Abang dengan Umai sibuk sikit akhir-akhir ni sebab dah nak dekat habis semester kan. Nanti bila abang tak sibuk, Umai ajak abang balik jenguk mommy dengan daddy ya?"
Umairah membuat alasan agar mommy tidak kecewa. Air mata yang mengalir disapu laju.
"Ya lah. Ni mommy nak tanya, Umai okay je kan duduk dengan Umar? Dia ada marah-marah Umai lagi? atau dia ada naik tangan pada Umai?" Tanya Datin Aini risau.
Perangai Umar bukan boleh dijangka. Angin memanjang.
"Umai okay. Okay. Mommy jangan lah risau. Abang layan Umai baik sangat. Dia tak pernah naik tangan pada Umai. Tak pernah walau sekali." Tipu Umairah buat sekian kali.
Telefon dijauh sedikit darinya. Tidak semena-mena dia teresak sendiri.
Berbohong bahagia. Itu perkara yang menyakitinya tetapi demi kebahagiaan semua, dia rela menipu.
Umar layannya dengan baik? Dalam mimpi. Bila saja lelaki itu boleh menjadi baik jika dengannya?
Asal bertentang empat mata, tiada sedikit pun bibir Umar berbicara elok dengannya. Semuanya maki hamun dan perlian yang terhambur keluar.
Tak pernah naik tangan? Pipinya yang ditampar Umar masih terasa bisa dan kebasnya hingga ke hari ini.
2 minggu lalu.....
Tubuh yang menggigil kesejukan dipeluk menggunakan tangan sendiri.
Tudung bawalnya ditarik sedikit untuk mengelap wajah yang basah. Bunyi kilat dan guruh menakutkan Umairah. Laju tangan menggagar kunci rumah yang terletak dalam beg tangannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
