'Takdir yang dituliskan Tuhan merupakan hal yang terbaik dalam hidup kita, walaupun yang terbaik itu tak selalunya indah.'
"Umar, you tak ada kelas ke harini?" Hazira bertanya sambil memintal-mintal rambut panjangnya. Badan juga melentik dekat dengan Umar. Taktik yang selalu dipakai menggoda lelaki.
"Ada. Pagi tadi." Jawab Umar malas.
Jelas-jelas Umar tidak berminat dengan Hazira.
Matanya focus memandang telefon ditangan. Bosan dia duduk disitu. Ingatkan selepas makan tadi bolehlah dia rehatkan minda duduk di tempat kegemarannya tetapi sekarang keadaan semakin serabut pula.
Dengan Hazira yang tidak habis-habis memanggil namanya. Meluat pula dia mendengar.
Aishah dan Ikhwan bersembang berdua berdekatan swimming pool. Entah apa yang di sembangkan pun dia tidak tahu. Sejak bertemu dua hari lalu, dia perasan Aishah dan Ikhwan kelihatan rapat sahaja seperti sudah lama kenal. Tapi dia diamkan saja. Malas mahu bertanya lebih-lebih.
Mata memerhati juga tingkah laku Ikhwan. Takut juga kalau Ikhwan menggatal dan menyentuh Aishah. Kalau dia nampak perkara itu, senang sikit dia mahu berikan 'hadiah' pada Ikhwan.
Mata beralih pada figura di depannya pula. Umairah yang sedari tadi diam juga dicuri pandang. Leka benar gadis itu dengan novelnya. Nampak jelas juga wajah terpaksa Umairah duduk disitu.
Dia rasa kalau bukan kerana mommy menyuruh Umairah ikut serta disitu, pasti gadis itu tidak akan ada di sini sekarang.
Umairah mengangkat sedikit wajahnya apabila terasa seperti diperhati. Berlaga matanya dengan mata Umar. Seperti biasa, dia selalu terpaku memandang mata itu.
Mata dan kening Umar ditiliknya tanpa sedar. Sempurna sungguh!
Umar juga seperti Umairah. Sama-sama terpaku. Mata bertentang mata, hati berdegup laju. Inikah yang dinamakan suka dan cinta?
Hazira yang perasan pandangan Umar pada Umairah terus berdehem kuat. Kaki juga menyepak kuat kerusi Umairah.
Tersedar Umairah dan Umar. Memerah wajah Umairah kerana malu. Novel diangkat tinggi menutupi muka. Umar pula kembali menatap telefonnya.
Hazira memandang mereka silih berganti. Hatinya panas menggelegak melihat reaksi kedua-duanya.
Kerusi ditarik lebih dekat dengan Umar sehinggakan lengan mereka bersentuhan.
Umar yang perasan akan hal itu terus menjarakkan kerusi. Hazira tersenyum kelat.
"Umar, you tengok apa tu? I nak tengok sekali boleh tak?"
"Tak boleh."
Bertambah kelat wajah Hazira mendengar balasan Umar. Sombong betul!
"Umar, best tak belajar dekat U?" Tanya Hazira lagi dan lagi.
"Best." Masih dengan intonasi yang sama. Malas!
"Umar,...."
"Kau nak apa sebenarnya? Dari tadi Umar, Umar, Umar. Serabut tahu tak? Kalau nak menggedik, kau boleh berambus." tengking Umar Qaiser tanpa sedar. Wajahnya juga memerah menahan marah.
Sejak tadi dia bersabar tapi semakin lama semakin menipis kesabarannya. Dia juga rimas dengan sikap perempuan itu. Tak habis-habis menempel dekatnya. Bergesel-gesel macam kucing nak mengawan.
Hazira sudah terkulat-kulat. Air mata juga sudah bertakung sebagai tanda 'hujan' akan turun tidak lama lagi.
Terlepas novel ditangan Umairah mendengar tengkingan Umar. Dia turut terkejut. Memang tidak dinafikan adiknya itu memang sengaja mengundang marah Umar. Yalah, sedari tadi Zira memanggil-manggil Umar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomantikDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
