"Bahagia itu sederhana. Bila kamu ingin bahagia, belajarlah untuk memberi kebahagiaan kepada orang lain."
Loceng rumah agam itu ditekan berkali-kali tanpa henti. Langsung tidak mengendahkan waktu yang sudah larut malam. Yang dia fikirkan kini hanya Umairah. Dia yakin isterinya pulang ke rumah Dato' Hazril memandangkan Umairah tidak mempunyai ramai kawan.
"Orang dalam rumah ni pekak-pekak ke semua?" bebel Umar tidak puas hati.
Sekali lagi loceng itu ditekan. Terjenggul wajah Dato' Hazril di balik pagar besi.
Dato' Hazril memandang tidak percaya. Masakan Umar datang ke rumahnya lewat malam begini?
Dalam hati gembira juga melihat menantunya. Sudah enam bulan dia tidak berjumpa Umairah dan Umar. Rindunya pada Umairah hanya dilepaskan melalui panggilan video sahaja memandangkan menantunya tidak mengizinkan Umairah menjumpainya.
"Papa." Umar terus meluru ke arah bapa mertuanya. Tangan lelaki tua itu disalam hormat.
"Ada apa Umar datang lewat malam ni? Umairah mana? Rindu betul papa dekat dia." Mata Dato' Hazril bersinar-sinar.
Mata terjenguk-jenguk pada kereta Audi A5 Umar. Berharap Umairah keluar dari kereta itu.
"Umai tak datang sini?" Umar bertanya tidak percaya.
"Datang sini? Apa maksud kamu? Semenjak dia kahwin dengan kamu, sekali pun dia tak pernah jejak kaki dekat rumah ni." Dato' Hazril memandang meminta penjelasan.
Tiba-tiba saja dia rasa tidak sedap hati. Ada perkara burukkah berlaku pada anaknya?
"Umai lari rumah. Umar tak tahu dia dekat mana sekarang." Luah Umar perlahan dan penuh kesal.
Rambut yang sudah sedia serabut semakin serabut apabila diraup berkali-kali.
"Apa yang kamu merepek ni? Tak mungkin Umai lari rumah."
"Umar tak tahu." Dia sendiri serabut memikirkan keberadaan Umairah. Dia sangkakan Umairah disini.
"Macam mana isteri sendiri pun kamu tak tahu? Kamu buat apa dekat dia sampai dia lari rumah?" Suara Dato' Hazril sudah kuat bertanya.
Tak mungkin Umairah lari dari Umar kalau lelaki ini tidak membuat perangai. Pasti ada yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
"Umar balik dulu." pertanyaan bapa mertuanya dibiarkan. Dia tiada jawapan untuk pertanyaan itu. Dia perlu mencari Umairah segera.
"Papa tak habis cakap lagi." Lengan Umar ditahan daripada berlalu.
"Cari Umairah sampai jumpa. Kalau jadi apa-apa pada Umairah, papa tak akan pernah maafkan Umar. Ingat perkara ni sampai bila-bila." Lengan Umar dilepaskan sebelum melangkah masuk ke dalam.
Ikutkan hatinya mahu saja wajah itu ditumbuk berkali-kali.
Belakang tubuh Dato' Hazril dipandang sehingga hilang dari pandangan mata. Jelas di mata lelaki itu api kemarahan padanya.
Keluhan berat dilepaskan. Dia tidak tahu mahu mencari Umairah di mana lagi.
Mommy? Ya dia terlupa Umairah rapat dengan keluarganya. Dalam hati berdoa agar Umairah disitu.
Tiket penerbangan yang telah ditempah oleh maksunya dilihat buat sekian kali. Kurang dari 48 jam lagi dia akan pergi meninggalkan semua ini. Meninggalkan segala derita yang dilalui semenjak ketiadaan umi disisi.
Keputusan ini sedikit pun tidak dikesalinya bahkan dia rasakan inilah keputusan yang sepatutnya dia ambil selepas kematian umi hampir setahun lepas.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomantikDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
