"There is no strength and power except from Allah."
"Ikhwan." Aishah memanggil lembut. Berharap mata lelaki itu memandangnya. Sedari tadi Ikhwan seakan hilang di dunia sendiri. Tidak sedikit pun wajahnya dipandang.
Pandangan dialih pada gadis didepannya. Kening diangkat sedikit tanda menjawab panggilan Aishah.
"Lepaskan I macam yang you janjikan dulu? Umar pun dah teruk sekarang. I rasa dendam you pun dah terbalas." Dengan yakin Aishah berbicara.
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia memutuskan hubungan dengan Ikhwan. Dia tidak sanggup lagi mahu melihat abangnya menderita. Cukuplah dengan apa yang telah mereka lakukan. Umar juga sudah seakan hilang harapan saja kini.
Tidak ubah seperti mayat hidup. Saban hari hanya nama Umairah meniti di bibir. Air mata juga sudah menjadi teman setia. Dia tidak mahu lagi menjadi punca semua ini.
Dosa ini biarlah manjadi rahsia mereka berdua. Antara dia dan Ikhwan sahaja.
"You nak I lepaskan you? Bila masa pula I ikat you?" Jus tembikai milik Aishah disedut tanpa izin. Mata juga menikam mata Aishah.
"Ya. Lepaskan I. Mulai hari ini, kita anggap je yang kita tak pernah kenal. I tolong you musnahkan Umar dan you tolong simpan rahsia I. Satu sama."
"Okay." Sepatah Ikhwan memberikan kata putus.
Tanpa teragak-agak laju Aishah mengambil handbagnya dan terus berlalu. Tidak perlu banyak soal lagi memandang perjanjian mereka begitu.
Ada baiknya dia pergi sebelum Ikhwan mengubah fikiran.
Melihat pemergian Aishah membuatkan Ikhwan tersenyum sendiri.
'Kini giliran Aishah pula akan menjadi mangsa.'
BUK
"What the f**k?" Carut Aishah laju apabila tiba-tiba saja tubuhnya dirempuh kuat. Sakit punggungnya terhempas ke lantai kotor di hadapan café.
"Sorry cik. Saya tak sengaja. Cik okay tak ni?" Kalut lelaki itu bertanya.
"Okay kepala hotak kau. Kau nampak aku macam tengah sedap duduk tengok pemandangan ke sekarang ni?" Habis dia terduduk di situ. Sudahlah orang ramai lalu lalang.
"Bahasa kau ni tak boleh elok sikit ke? Nasib baiklah kawan aku nak tanya jugak keadaan kau. Kalau aku, aku tinggal je." Ujar rakan lelaki yang melanggarnya.
"Dah la muka tak cantik. Adab lagi la kelaut." Kutuk Firman perlahan.
"Kau ni. Dengan perempuan pun nak gaduh." Marah Azfar pada rakannya.
"Betul apa aku cakap. Tak beradab langsung." Firman membuat muka meluat.
"Excuses me. Kawan kau yang langgar aku sekarang ni. Salah aku ke? Dan kau, apa hak kau cakap aku tak cantik? Suka hati la aku cantik ke tak. Daripada kau tu, muka macam orang pecah rumah." Kutuk Aishah selamba.
"What?" Firman bergerak mendekati Aishah. Mukanya yang handsome macam Izzue Islam ini dikata muka pecah rumah?
Ni mesti tak rabun, buta punya. Dah la mata acah-acah nak warna biru. Dasar mat saleh celup.
"Kau boleh relax tak? Tak malu ke orang sekeliling tengok?" Geram pula dia dengan Firman ni. Sedari tadi mulut bercakap mengalahkan perempuan. Pot pet pot pet.
"Macam nilah cik, saya minta maaf sangat sebab tak nampak cik keluar dari café ni tadi. Ni kad saya. Kalau cik nak minta saya ganti apa-apa yang rosak atau kecederaan cik, cik call saja saya. Saya akan angkat." Ucap Azfar berhemah. Lagipun dia tahu salahnya juga tidak melihat dulu sebelum berjalan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
