"Setitik kesedihan menimpa hidup mukmin, ada selautan kegembiraan menanti di kemudian hari."
Toronto Pearson International Airport, Canada.
Kawasan lapangan terbang yang dipenuhi dengan manusia dari pelbagai negara itu sedikit sebanyak menambah gemuruh Umairah. Jika 48 jam lalu dia yakin dengan keputusannya meninggalkan Malaysia tetapi kini hatinya berbelah bahagi. Mampukah dia hidup di bumi Canada ini?
Seumur hidupnya ini keputusan kedua terbesar yang dia pernah ambil. Yang pertama semestinya bernikah dengan Umar Qaiser. Pertama sudah gagal. Adakah yang kedua ini akan baik-baik saja?
Tidak pernah dia terfikir yang dia akan menjejakkan kaki ke luar negara hari ini. Negara yang sangat asing dalam segala aspek. Betulkah keputusan ini?
Kepala di geleng beberapa kali. Menghalau perasaan bersalah meninggalkan Malaysia tanpa memberitahu sesiapa.
Tepukan dibahu kirinya membuatkan Umairah menoleh. Wajah maksu menyapa pandangan mata.
Tangan mengurut dada tanda lega melihat wajah yang dinanti.
"Umai." Maksu menarik Umairah ke dalam pelukan. Semakin lama semakin erat pelukan yang diberikan.
"Maafkan maksu. Maafkan maksu." Ulang maksu beberapa kali. Hanya perkataan itu sudah cukup mengundang tangisan Umairah.
"Umai okay. Maksu tak salah pun." Belakang maksu diusap cuba memujuk. Dia faham maksud kata maaf maksu.
"Kalau lah maksu tahu Umai tak bahagia selama ni, maksu dah lama bawak Umai ke sini. Maafkan maksu terlambat ambil Umai."
Umairah melonggarkan pelukan. Wajah maksu yang sudah lencun dengan air mata disapu menggunakan jarinya. Jelas terpancar riak bersalah di wajah itu.
Senyuman dilemparkan bagi menghilangkan kesedihan maksu.
"Maksu jangan lah sedih-sedih. Nanti Umai lagi sedih. Maksu tahu kan Umai datang sini nak lupakan semuanya?"
"Sorry. Maksu tak berniat nak buat Umai sedih." Kini gilirannya pula menyapu air mata Umairah.
"Marilah kita balik dulu. Rehat." Ujar Paksu cuba mengusir kesedihan isteri dan anak saudaranya.
Kalau mahu meminta maaf sesama sendiri dari tadi, sampai esok pun tidak akan habis. Ada baiknya mereka balik dahulu.
"Yalah. Umai pun mesti penat kan. Jom balik dulu. Nanti kita sembang lagi." tangan Umairah ditarik lembut.
Paksu membantu menolak bagasi milik Umairah sambil mengikut langkah isterinya.
Buaian dihayun perlahan. Mata menatap dada langit yang kian gelap. Tiada satu bintang pun di situ. Bahkan bulan juga tidak memunculkan diri. Langit dilihat begitu sunyi seperti hatinya kini.
Sudah seminggu Umairah lari dari rumah. Bermakna sudah seminggu juga matanya tidak memandang wajah polos itu. Dia rindukan Umairah. Rindu yang dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu diungkapkan.
Mahu mencari tetapi dia sendiri tidak tahu Umairah dimana sekarang. Bayangan gadis itu seakan sudah hilang di muka bumi ini.
Mahu bertanya pada Dato' Hazril dia takut kerana bapa mertuanya itu sudah tidak mahu bersua lagi dengannya.
Mahu bertanya pada Yusuf pula? Memang tidaklah. Sejak malam dia pulang ke rumah ini mengatakan Umairah hilang, Yusuf langsung tidak bertegur sapa lagi dengannya.
Kewujudan dia di rumah ini bagai orang asing saja. Mommy dan daddy juga membuatnya seakan tidak wujud.
Kini dia nampak yang keluarganya begitu menyayangi dan menyambut baik kedatangan Umairah ke dalam keluarga ini tetapi kenapa dia tidak pernah nampak itu?
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
