"Hidup ini ada pasang surutnya."
"Terima kasih tumpangkan Umai dekat sini. Kebaikan akak dengan Fina hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Ada rezeki kita jumpa lagi ya?"
Tangan Syafiqah disalam penuh hormat. Pelukan Syafinaz padanya dibalas lembut.
"Akak jaga diri ya dekat kampung. Jangan sakit-sakit. Kalau ada masalah, akak cerita je dengan kami. Kami sudi dengar dan bantu." Sebenarnya dia terasa berat mahu melepaskan Umairah pergi. Dengan keadaan gadis ini yang belum sihat sepenuhnya lagi. Lagilah risau hatinya.
"Insha Allah. Umai pergi dulu. Kesian pula dekat abang tu tunggu lama." Ujar Umairah sambil menunjuk pada pemandu grab yang sedang menanti.
"Yalah. Nanti dah sampai kampung call akak." Pesan Syafiqah.
"Sampaikan salam Umai pada Yusuf." Umairah melambai tangan sebelum masuk ke dalam kereta.
Perlahan-lahan kereta itu bergerak meninggalkan kawasan rumah teres dua tingkat milik Syafiqah.
"Bismillah. Permudahkan urusan aku Ya Allah." Bisiknya perlahan sambil membuang pandang ke arah luar.
Mak Yam meletakkan dulang berisi air teh panas itu dihadapan tetamu yang datang. Teh dituang kedalam setiap cawan kaca sebelum beredar ke dapur semula.
"Jemput minum Ril." Pelawa Dato' Uthman pada besannya.
Dato' Hazril hanya mengangguk tetapi tidak menyentuh air yang dihidangkan. Dia datang ke sini untuk bertanya mengenai anaknya bukan untuk minum-minum dan menyembang.
"Umar ada beritahu kau yang Umairah lari rumah?" Dato' Hazril memulakan bicara terus.
Dato' Uthman memandang wajah muram isterinya dan kembali melihat wajah sahabatnya.
"Ada. Aku minta maaf bagi pihak Umar. Aku tak sangka rumah tangga dia orang bermasalah sampai Umairah lari rumah."
"Sekarang ni maaf tu aku masih tak perlukan. Aku hanya nak tahu mana anak aku pergi. Umar buat apa sampai anak aku tinggalkan dia? Aku yakin ni semua bukan salah Umairah. Kau sendiri kenal kan anak kau macam mana?"
Hatinya kuat mengatakan Umairah mengambil keputusan senekad itu disebabkan salah Umar. Tak mungkin Umairah keluar rumah tanpa izin suami kalau tiada sebab yang kukuh.
"Kami...kami tak tahu apa Umar buat. Dia pun terus pergi cari Umairah lepas kami beritahu Umairah tak ada dekat sini." Datin Aini menjawab laju.
Rasanya mereka perlu rahsiakan perlakuan Umar pada Umairah selama ini pada Dato' Hazril.
Pasti hancur persahabatan mereka jika Dato' Hazril mengetahui hal sebenar. Silap-silap lelaki ini akan menyuruh Umar menceraikan Umairah. Tidak sanggup rasanya dia mahu melepaskan gadis sebaik Umairah.
"Aku beri masa dua hari untuk Umar cari Umairah. Pulangkan balik Umairah pada aku sebaik sahaja Umairah dijumpai. Kalau dalam masa dua hari ni Umar tak boleh nak cari Umairah, cakap dengan dia tak payah cari lagi. Lupakan saja Umairah."
"Aku tak rasa nak beri Umairah semula pada Umar. Mungkin selama ni aku diam apa yang anak kau buat pada anak aku tapi kali ni aku tak akan diam lagi. Mungkin betul kata adik aku dulu. Nikahkan Umairah dengan Umar seperti menghumban Umairah dalam neraka."
"Aku kecewa atas semua yang Umar lakukan pada Umairah selama ini."
"Kau nak tengok dia orang bercerai?" Dato' Uthman bertanya tidak percaya.
"Aku rasa lebih baik dia orang bercerai. Kau sendiri nampak perkahwinan mereka tak berjaya. Umar terlalu hanyut dengan dendam dan marah dia dan Umairah pula jadi mangsa dalam semua ini."
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
