🍁B A B 51

7K 274 41
                                        

"The reason why we can't let go of someone is because deep inside we still have hope."

Tangan wanita itu dikucup penuh hormat. Wanita ini yang memberinya peluang merasai bagaimana disayangi oleh seorang ibu. Wanita ini orang luar pertama yang menerima status istimewa pada dirinya dengan hati terbuka.

Menerima diri dia apa adanya. Memperlakukan dia bagai anak sendiri hinggakan dia lebih menyayangi wanita ini berbanding mama sendiri.

Dari awal pertemuan mereka, dia begitu mengagumi kebaikan dan kelembutan Datin Aini sebagai seorang ibu. Siapa sangka wanita ini menjadi ibu mertuanya.

Walaupun hanya seketika, dia tetap bersyukur kerana diberi peluang menjadi anak perempuan wanita itu.

"Maafkan Umai kerana tak mampu jadi menantu mommy selamanya." Ujar Umairah perlahan.

"Walaupun Umai dengan Umar dah tiada ikatan, Umai tetap anak mommy. Sampai bila-bila. Jangan pernah lupa mommy dengan daddy ya?" Kata Datin Aini sayu. Air mata yang ditahan mengalir juga.

Terlalu berat hati tuanya mahu melepaskan Umairah pergi. Dia begitu menyayangi gadis ini. Dia sangkakan hubungan anak menantunya boleh diperbaiki tapi sangkaanya silap. Gadis ini terlalu menderita hidup dengan Umar hinggakan tidak lagi mahu memberi peluang kepada anaknya.

Tapi dia tidak pernah salahkan Umairah mahupun Umar. Mungkin sudah tertulis jodoh mereka berdua sampai di situ sahaja.

Umairah mengangguk. Mana mungkin dia lupakan manusia yang banyak berjasa padanya. Sampai bila-bila mommy dan daddy adalah keluarganya.

Umar memandang babak itu dengan hati yang sedih. Kerana salahnya, mommy kehilangan Umairah. Dia tahu betapa sayangnya mommy selama ini pada gadis itu.

Tapi apakan daya tiada lagi jodoh mereka.

"Boleh daddy pegang Ayra?" Tanya daddy tiba-tiba. Sengaja memecahkan suasana sedih itu. Lagipula dia tetap menganggap Ayra sebagai cucunya.

Kalaulah Ammar Uwais disini, pasti dialah paling gembira sebagai seorang datuk. Cucu pertama. Pasti akan dia curahkan segala kasih sayang dan kemewahan pada anak kecil itu. Tapi Allah lebih sayangkan anak syurga Umar dan Umairah.

Bukan mereka saja tidak dapat menatap bayi itu tapi Umairah juga. Pastinya Umairah lebih gembira jika Ammar Uwais di sini.

"Sekejap ya, daddy." Umairah bangkit dan mengambil Ayra dari tangan Aariz. Aariz sekadar tersenyum. Nampaknya semakin bertambahlah atuk dan nenek Ayra.

"Ayra. Ni Tok daddy. Tok daddy baik tau. Yang paling penting, Tok daddy kaya." Ujar Umairah lucu pada anak itu. Saja dia mengumpan begitu agar Ayra tidak menangis.

Ayra yang seakan faham tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

Yang lain sudah ketawa mendengar lawak Umairah.

Perlahan-lahan Umairah serahkan Ayra pada Dato' Uthman. Ayra tersenyum lagi memandang wajah Tok daddy. Habis tangannya masuk ke dalam mulut Dato' Uthman.

Dia tergelak-gelak sendiri tanda sukakan lelaki itu.

"Amboi gatal anak mama ni. Mentang-mentang Tok daddy kaya, dia nak pulak." Ujar Umairah buat-buat marah. Pipi montel itu dicubit geram sebelum kembali duduk. Memberi ruang kepada mommy dan daddy bermain dengan Ayra.

"Umai balik Canada bila?" Tanya Yusuf sekadar berbasa-basi.

"Minggu depan. Nanti bila kak Fiqa dah bersalin, Yusuf datanglah sana. Umai dengan Aariz bawak jalan-jalan."

"Insha Allah. Ada rezeki, sampailah kami ke sana. Umai memang cadang nak duduk sana terus ke?"

"Nampaknya macam tulah. Ayra pun ada keluarga dekat sana." Kemana Ayra pergi, dia juga akan ikut sama. Begitulah janjinya dulu pada arwah Kak Aimi. Dia akan menjaga Ayra hingga ke akhirnya. Begitu juga Aariz.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang