🍁B A B 35

5.1K 227 18
                                        

"Ikhlaslah menerima Takdir walaupun kita tidak mengerti."

PANG

Terkejut bukan kepalang Umairah mendengar bunyi tamparan yang agak kuat itu. Dia cuba untuk menahan papa tetapi disebabkan keadaannya yang berada di atas katil membuatkan dia tidak berdaya memujuk amarah papa.

"Apa dosa Umai pada Zira? Kenapa Zira benci sangat dia? Kenapa Hazira? Kenapa?" bagaikan petir suara papa di segenap ruangan bilik VIP Itu.

"Dosa?" Hazira bertanya kembali pada Dato' Hazril dengan gelak yang kuat. Seakan orang tidak siuman.

"Papa nak tahu kenapa Zira benci sangat dengan betina ni? Nak tahu sangat?" Hazira tersenyum mengejek seolah tidak takut melihat mata helang papa.

"Zira benci dia sebab papa. Sebab papa. Papa selalu lebihkan dia dalam semua benda. Zira ni yang anak papa. Bukan dia. Dia cuma perempuan yang tak ada asal usul. Menumpang dalam keluarga kita. Apa-apa benda, semua papa lebihkan dia. Papa tak pernah tahu yang Zira terluka dengan sikap pilih kasih papa ni."

Tangan Hazira naik menumbuk dada Dato' Hazril.

Umairah sudah lebat dengan air mata mendengar luahan adiknya. Salah diakah Hazira terasa dipinggir?

"Apa yang papa lebihkan dia? Zira terlebih cukup dalam semua benda. Umairah ni yang patut katakan semua tu bukan Zira."

"Tengok tu, papa masih bela dia. Patutnya semalam Zira letak racun je dalam air dia. Biar dia terus mati dalam bilik tu."

"Nur Hazira." Jerit Dato' Hazril. Tidak menyangka anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang sanggup berkata demikian pada darah dagingnya sendiri.

"Apa? Papa nak tampar Zira lagi sekali? Tamparlah." Hazira mendekatkan wajahnya dengan papa.

Umairah menggeleng pada Dato' Hazril. Dia tidak mahu kebencian Hazira semakin bertambah.

"Minta maaf dengan kakak sekarang." Arah Dato Hazril tanpa memandang wajah Hazira. Hati tuanya begitu kecewa saat ini.

"Kakak? Dia bukan kakak Zira dan sampai mati pun Zira tak akan minta maaf dengan dia." Ujar Hazira tanpa rasa bersalah. Beg tangan diragut laju dan terus keluar dari ruangan bilik itu.

Dato' Hazril mendekati Umairah. Tubuh kecil anaknya ditarik dalam pelukan.

"Maafkan papa. Maafkan papa. Kerana papa, Umai terpaksa hadap semua ni." Mulut tidak henti-henti memohon ampun pada Umairah.

"Umai yang perlu minta maaf. Maafkan Umai sebab kelahiran Umai hanya menyusahkan papa dan mama. Kenapa papa tak biarkan saja Umai mati semalam? Kenapa papa bawak Umai pergi sini?"

"Umai yakin adik, mama, Umar dan semua orang akan lebih bahagia kalau Umai mati."

"Jangan cakap macam tu." Dato' Hazril mengusap belakang tubuh Umairah lembut.

Tanpa sedar Umairah terlena dalam dakapan papanya.



"Argh...."

Handbag yang dipegangnya dibaling ke atas katil. Rambut panjangnya ditarik kuat. Tertekan dengan apa yang terjadi.

Dalam hati tidak henti-henti menyumpah Umairah.

"S*** punya perempuan. Liat juga nyawa kau ni ya. Aku ingat ubat tu boleh buat kau mampus. Tunggu kau. Kalau cara kasar tak boleh, aku pakai cara halus." Hazira berkata seorang diri.

Perasaan bencinya semakin menggunung kala ini. Kalau bukan disebabkan orang gajinya yang lembab itu melihat semua yang dilakukannya dan mengadu pada papa, papa tak akan mengetahui Umairah sudah separuh nyawa di dalam bilik.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang