"Luka cinta itu hanya bisa disembuhkan oleh orang yang membuat lukanya"
Wajah pucat Umairah yang sedang lena itu ditatap penuh kasih. Sejak semalam dia menanti Umairah tetapi masih tiada tanda-tanda wanita itu akan membuka mata. Mata beralih pula pada jari jemari Umairah. Andai sahaja mereka masih mempunyai ikatan, akan dia genggam dan kucup tangan itu memberi semangat tetapi dia sedar yang haknya sudah tiada untuk berbuat demikian.
Keluhan berat dilepaskan.
Tok...Tok...
Pandangan di alihkan pada pintu untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu wad itu. Wajah tenang Aariz Faith yang sedang mendukung Ayra menyapa matanya.
"Masuklah." Pelawa Umar perlahan.
"Mai dah sedar?"
Umar hanya mampu menggeleng.
"Kau pergilah balik dulu. Aku jaga Mai. Nanti kalau dia dah sedar, aku call kau."
"Tak apa, aku tunggu dia." Umar menolak pelawaan itu. Mana mungkin dia membiarkan Aariz menjaga Umairah. Walaupun Umairah mengatakan mereka berdua tiada apa-apa, hatinya masih curiga. Dia merasakan Aariz menyimpan rasa pada Umairah.
Aariz melangkah mendekati sofa yang terdapat di dalam bilik itu. Ayra yang sedang bermain patung itu diletak perlahan disebelahnya. Memandangkan Umar tidak mahu pulang, jadi dia turut tunggu disitu juga.
Umar hanya melihat tingkah Aariz melayan Ayra. Dari pandangan matanya, tidak dinafikan Aariz seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Jauh benar dengan sifatnya. Adakah benar dia sememangnya sudah kalah dalam merebut hati Umairah lagi?
"Aishah macam mana?" Tanya Aariz mematikan tatapan Umar pada dirinya.
"Masih meracau. Buat masa sekarang doktor tak benarkan sesiapa pun melawat dia sebab takut benda yang sama berulang." Matanya kembali merenung Umairah. Tanpa dipinta mutiara jernih itu perlahan-lahan mengalir.
Mengapa gadis sebaik Umairah selalu menderita? Jika dulu kerananya dan kini adiknya pula.
Kejadian semalam kembali tertayang di matanya. Hampir hilang seluruh nyawanya melihat keadaan Umairah terbaring bersama darah yang membuak keluar dari serpihan kaca yang tertusuk di pinggang.
"Umairah."
Jerit Umar kuat. Dia berlari mendekati Umairah yang terbaring menahan sakit. Niatnya yang pada mula mahu melawat Aishah bertukar menjadi perkara yang tidak ingin dilihatnya.
Wanita yang dicintainya terbaring ditikam oleh adik kandungnya sendiri.
"Umai. Tolong buka mata. Jangan tinggal Umar." Kepala Umairah dipangku. Mata Umairah kian terpejam menakutkan dirinya.
"Umar minta maaf. Tolonglah jangan takutkan Umar." Rayu Umar lagi bersama tangisan yang semakin menjadi-jadi. Tangan menutup darah yang kian mengalir dari pinggang Umairah.
Melihat keadaan Umairah sekarang lebih menakutkan dari dia melepaskan Umairah sebagai isterinya.
Tangisan seseorang disisi membuatkan mata Umairah perlahan-lahan terbuka. Wajah pertama yang dilihatnya adalah wajah Umar yang sudah lencun dengan air mata. Lelaki itu masih tidak menyedari dia sudah sedar.
Umairah berdehem sedikit untuk menyedarkan Umar yang masih hanyut dalam air mata.
Umar menoleh pantas mendengar deheman Umairah. Mata bundar milik Umairah yang merenungnya membuatkan air matanya kian mengalir. Tanpa syarat, laju saja tubuh itu didakapnya. Jika tadi dia memikirkan halal dan haram kini semuanya ditolak tepi.
YOU ARE READING
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...