🍁B A B 8

4.1K 313 36
                                        

'Semua hal di dunia ini berada di tangan Tuhan, tetapi sudah diserahkan kepada kita semuanya kecuali Takdir.'

Tepat jam 12 tengah hari kereta BMW yang dipandu Dato' Hazril perlahan-lahan menyusur masuk ke perkarangan kawasan rumah elit. Umairah terdiam melihat rumah-rumah mewah yang berada di kiri dan kanannya. Semuanya besar-besar belaka. Jauh beza dengan rumah-rumah di kawasan kampungnya.

Rumah neneknya tidaklah kecil mana kerana telah diubah suai menjadi moden tetapi jika hendak dibandingkan dengan rumah yang didepannya ini memang jauh berganda-ganda lebih luas.

Kereta berhenti di depan rumah agam tiga tingkat yang agak jauh dari rumah yang lain. Bertambah terkaku Umairah apabila melihat rumah itu. Boleh dikatakan hampir 60% rumah itu diliputi kaca. Tersangat mewah. Laman depan juga luas seperti padang bola.

"Dah sampai." Terhenti mata terus memandang sekeliling apabila suara papa kedengaran.

Mama dan Hazira sudah pun keluar dari kereta. Berlalu masuk tanpa mengajaknya. Pintu kereta dibuka perlahan. Kaki melangkah keluar. Sejujurnya dia masih tidak percaya rumah didepannya ini milik bapanya.

"Ini rumah papa ke?" Tanya Umairah apabila papanya datang menghampiri.

"Rumah Umai jugak. Kenapa? Buruk ke?"

"Eh tak. Besarnya rumah ni." Ujar Umairah kagum.

Mata anaknya yang bersinar itu meruntunkan hati Dato' Hazril. Anaknya sendiri tidak tahu rumah yang dia tinggal selama ini. Entah-entah mengenai sayarikatnya juga anaknya tidak tahu.

"Marilah masuk. Papa tunjukkan bilik Umai dengan kawasan rumah." Tangan Umairah dicapai.

Perlahan-lahan pegangan itu dileraikan Umairah. Jelas anaknya tidak selesa. Dato' Hazril termalu sendiri.

"Sekejap Umai ambil beg." Balas Umairah.

Bukan niatnya mahu buat begitu tetapi uminya sudah berpesan supaya menjaga batas apabila bersama papanya. Sudahlah sewaktu malam umi meninggal dia memeluk papanya. Harapnya agar perkara itu tidak berulang lagi walaupun Dato' Hazril merupakan bapa kandungnya.

"Beg tu nanti Kak Nik ambilkan dan bawak ke bilik Umai." Ujar Dato' Hazril. Kak Nik merupakan orang gaji dirumah agam itu.

"Tak apa Umai bawak sendiri." Walaupun dia tidak mengenali wanita bernama Kak Nik itu tetapi dia tahu mesti wanita itu orang gaji papanya. Masakan rumah sebesar ni tiada orang gaji. Silap-silap segala pekerjaan dilakukan oleh orang-orang yang berbeza.

Bonet belakang dibuka dan terus mengambil luggage dan begnya. Patung beruang turut diambil dan diletakkan di atas luggage. Langkah kaki diatur mengikut papanya yang sudah mendahului.

Sambil berjalan matanya masih meneroka kawasan rumah yang bakal didudukinya mulai hari ini. Sungguh cantik ciptaanya.

Rumah agam itu bukan saja cantik apabila dipandang dari luar tetapi cantik di dalam juga. Entah kali keberapa dia harus terkaku dan terpegun dalam masa kurang satu jam ini. Semua yang berada di depan matanya membuatkan dia seakan tidak percaya.

"Jom papa tunjuk bilik Umai. Bilik Umai dekat tingkat dua. Bilik papa dengan mama pun sama. Zira je duduk dekat tingkat tiga." Terang Dato' Hazril.

Tangan membantu anaknya menolak luggage mendekati lift yang terletak berhampiran tangga.

Sangkanya tingkat dua hanya mempunyai keluasan biasa tetapi besarnya sama seperti tingkat bawah. Ada ruang tamu, dapur mini dan tempat lepak. Ini rumah atau istana? Mengikut kiraannya lebih 5 buah bilik di tingkat ini.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang