🍁B A B 25

4.8K 236 16
                                        

'Berhentilah menyalahkan Tuhan dan takdir. Mungkin ikhtiar, amal dan doa kita yang jauh dari sempurna.'

25 Mac 2018

"Qai, kau dekat mana? Aku cari kau tak jumpa pun." Tanya Ikhwan di corong telefon. Sambil-sambil itu mata melilau mencari kelibat rakan baiknya di dalam restoran yang biasa mereka kunjungi.

"Kejap-kejap. Aku letak kereta dekat seberang jalan ni. Kau duduk dulu tempat biasa, nanti aku pergi dekat kau." Umar membalas pertanyaan Ikhwan. Tangan sibuk mengunci pintu kereta.

"Okay. Cepat tau sebab adik aku dah lapar ni."

"Abang, adik nak pergi kedai kek dekat depan tu sekejap boleh tak? Sementara kawan abang tak sampai lagi ni." Tanya Izwani Nasuha lembut. Mahu menunggu abangnya menamatkan panggilan telefon seperti lama lagi pula jadi dia mahu keluar sekejap.

"Pergilah. Hati-hati melintas tu." pesan Ikhwan pada Izwani. Mata merenung adiknya yang sedang bergerak keluar dari restoran.

"Adik kau ke tu?" Umar bertanya apabila terdengar suara perempuan sedang bercakap dengan rakannya.

"Ya, adik aku."

"Kenapa kau bawak adik kau? Tak nak lah aku jumpa kau. Malu aku nanti nak makan kalau adik kau ada."

"Tak payah nak acah pemalu sangat. Cepat sini datang. Kalau kau lambat, kau bayar sendiri. Tak jadi aku nak belanja."

"Baiklah kawan yang kedekut." Ujar Umar seakan memerli. Panggilan dimatikan sebaik saja membalas kata Ikhwan. Telefon disimpan ke dalam poket seluar. Kiri dan kanan ditoleh sebelum melintas.

Baru saja kaki mahu bergerak ke depan untuk bersedia melintas, dia lihat seorang perempuan di seberang sana melintas sambil bermain telefon tanpa menoleh terlebih dahulu. Sebuah lori yang bergerak dengan laju semakin hampir dengan kedudukan gadis itu.

"Cik." Jerit Umar kuat. Mahu menyedarkan gadis itu tetapi panggilannya tidak dapat didengari kerana jarak yang agak jauh.

Umar mengambil tindakan pantas dengan berlari untuk menolak wanita itu ketepi apabila lori semakin menghampiri tetapi kelajuan kenderaan itu tidak mampu ditandinginya oleh kakinya.

BAM

Bunyi lori merempuh tubuh gadis itu mebuatkan dunia Umar seakan berhenti. Terlalu pantas. Mungkin dia terlewat hanya beberapa saat.

Terpelanting jasad bernyawa itu ke udara sebelum terhempas ke jalan raya. Umar tergamam melihat apa yang terjadi. Terkaku kakinya disitu. Melihat tubuh yang sudah dipenuhi darah terbaring di depan mata.

Perlahan-lahan kaki yang kaku dipaksa bergerak menghampiri tubuh itu memandangkan tidak ramai yang datang mendekat. Dia duduk bersebelahan gadis itu terbaring.

Kepala yang sudah dipenuhi darah itu dipangku diribanya. Walaupun dia tidak pernah mengenali gadis ini, sebagai manusia dia belas melihat keadaan gadis yang seakan terseksa itu.

"Tolong call ambulance." Suara orang disekelilingnya mengarah satu sama lain.

Izwani Nasuha menggeleng tanda dia tidak perlukan bantuan buat menyelamatkan dirinya.

Melihat gadis itu yang seakan nazak, Umar membantu melafazkan kalimah syahadah.

Tersekat-sekat gadis itu mengikut bacaannya. Nampak jelas dimata gadis ini bahawa dia menanggung sakit.

"Te..ri..ma... ka...sih..." ucap Izwani Nasuha. Dia lemparkan senyuman dalam kepayahan pada jejaka yang meribanya.

Menitis air mata Umar mendengar ucapan itu. Seumur hidupnya tidak pernah dia bayangkan dia akan melalui saat ini. Saat dimana melihat insan bernyawa mahu meninggal dunia. Bahkan di atas pangkuannya sendiri.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang