🍁B A B 34

4.1K 226 23
                                    

"Takdir Allah tidak pernah kejam"

"Umai. Umai. Tolong buka mata sayang. Papa minta maaf. Tolong jangan tinggalkan papa." Pipi anak gadisnya ditepuk perlahan. Berharap mata yang tertutup rapat itu terbuka. Tangan kiri juga bergerak laju membantu menolak katil yang menempatkan Umairah.

Air mata yang mengalir usah dikata, sudah banjir satu muka tuanya dengan air mata melihat keadaan Umairah.

Tidak sanggup untuk kehilangan orang tersayang buat kali ketiga. Cukuplah hanya abah dan umi pergi meninggalkannya. Bukan anaknya pula.

"Dato' tunggu luar dulu ya." Dr. Irham menahan tubuh Dato' Hazril dari turut masuk ke wad kecemasan.

"Tolong selamatkan Umai. Uncle sanggup bayar berapa sekali pun. Tolong selamatkan dia." Rayu Dato' Hazril bersungguh-sungguh.

"Doa banyak-banyak. Ir akan cuba selamatkan Umairah." bahu Dato' Hazril ditepuk perlahan sebelum meninggalkan lelaki itu.

"Maafkan papa. Maafkan papa." Ucap Dato' Hazril berulang kali di hadapan wad kecemasan itu. Tubuh yang tadinya berdiri kini melorot jatuh ke lantai. Tangisan juga semakin menjadi-jadi.

Kalau sesuatu perkara buruk terjadi pada anak gadisnya, dialah orang paling berdosa dan bersalah dalam hal ini.

Kenapa selama ini dia tidak pernah mengambil peduli tentang sakit yang dialami Umairah? sakit yang berpunca dari kesalahan dia suami isteri. Kesalahan mereka yang terpaksa digalas oleh Umairah.

"Uncle." Panggil Yusuf sambil berlari kearah duduknya Dato' Hazril. Dato' Uthman dan Datin Aini turut mengikut langkah Yusuf.

"Macam mana dengan Umai? Umai baik-baik saja kan?" kalut Datin Aini bertanya.

"Tak tahu lagi. Doktor belum keluar lagi." ucap Dato' Hazril lemah. Tidak sanggup mahu memandang wajah bakal besannya.

"Apa yang jadi sebenarnya ni? Yusuf baru hantar Umai balik tadi. Tiba-tiba pulak kau call cakap Umai masuk hospital." Dato' Uthman meminta penjelasan.

"Umai cuba bunuh diri." Walaupun hanya dituturkan perlahan, ayat itu masih dapat ditangkap oleh telinga yang lain.

Yusuf menggeleng tidak percaya. Kata-kata Umairah padanya kembali bermain. Kerana hal inikah Umairah meninggalkan pesanan pelik itu? Umairah mahu menamatkan riwayat hidupnya dengan cara ini?

"Allah."

Laju Yusuf menyambut tubuh Datin Aini yang mahu menyembah lantai. Tubuh lembik mommy dipapah ke arah kerusi berdekatan.

"Tak mungkin Umai buat macam tu. Tak mungkin." Luah Datin Aini tidak percaya.

"Aku sendiri pun tak percaya Umairah terfikir nak bunuh diri. Aku rasa semua ni salah aku. Salah aku." Dato' Hazril terus-terusan menyalahkan diri sendiri.

"Tak perlu salahkan diri sendiri. Benda dah jadi pun. Isteri kau mana?" Dato' Uthman cuba memberikan kekuatan kepada sahabatnya.

Sejujurnya dia sendiri tidak tahu mahu lakukan apa sekarang. Mahu menyalahkan lelaki di sebelahnya ini pun rasanya tidak patut. Dia lihat Hazril sudah terlalu terbeban dengan apa yang terjadi pada Umairah.

"Dekat rumah. Man, aku minta maaf sebab tak jujur dengan kau sekeluarga tentang status sebenar Umairah. Aku minta maaf. Aku tahu aku salah sebab rahsiakan hal sebesar ni sedangkan kita nak jadi besan kurang sebulan je lagi. Aku minta maaf."

Tangan sahabatnya dicapai perlahan.

"Jangan minta maaf dengan aku tapi minta maaf dengan anak kau. Dia dah banyak terluka. Aku nampak sendiri dengan mata aku betapa rapuhnya dia waktu bagitahu kami sekeluarga tentang status tu."

Seindah Takdir UmairahWhere stories live. Discover now