'Hidup ibarat sebuah buku, Tuhan menyediakan pena (TAKDIR) tapi kita manusia sebagai penulisnya (NASIB).'
Paip kolah yang terpasang kuat itu ditutup oleh Umairah apabila terdengar orang memberi salam di luar rumah. Baju yang tergantung di capainya dan pakai. Tuala diambil menutup kepala yang terdedah. Kaki melangkah ke depan untuk melihat siapa yang datang.
Terjenggul wajah Azfar sebaik saja pintu rumah dibukanya. Terhias senyuman di wajah lelaki yang berkulit kuning langsat itu. Umai membalas segaris senyuman pada Azfar.
"Abang. Ada apa datang rumah pagi-pagi ni?" Tanya Umai pada Azfar iaitu anak kepada ketua kampung.
"Abang datang nak ambil baju mak. Dah siap ke bajunya?" ujar pemuda itu lembut.
"Sudah. Sekejap Umai ambil bajunya." Pintu rumah ditutup kembali. Risau juga jika perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan pula Nek Idah tiada di rumah. Takut menimbulkan fitnah jika ada orang yang melihat mereka.
Baju kurung bewarna hijau pucuk pisang yang tergantung di bilik menjahitnya di ambil dan dimasukkan ke dalam beg kertas. Tuala dikepala juga ditukar kepada tudung sarung. Dia menuju semula ke ruang depan.
"Ni bajunya." Beg kertas ditangan dia hulurkan pada Azfar. Disambut pemuda itu.
"Berapa ye? Rumah sunyi je, Nek Idah tak ada?" terjenguk-jenguk kepala Azfar seperti mencari sesuatu.
"Mak abang dah bayar baju tu. Nek Idah keluar ke pekan. Sekejap lagi baliklah tu." Balasku pada Azfar.
"Patutlah sunyi je. Tak apa lah kalau macam tu abang balik dulu. Kirim salam pada Nek Idah."
Umairah membalas dengan anggukan. Mata melihat langkah kaki abang Azfar yang sedang bergerak meninggalkan rumahnya. Rumah ketua kampung tidak jauh dari rumahnya. Hanya selang beberapa buah.
Pintu rumah ditutup semula dan terus berlalu ke bilik untuk mengerjakan solat sunat dhuha.
"Yusuf, Umar, Aishah. Turun makan." Jerit Datin Aini lantang memanggil anak-anaknya turun. Kerusi di sebelah suaminya ditarik perlahan dan duduk.
"Dah jam berapa ni. Nak suruh makan pun susah anak-anak abang ni." Leternya pada Dato' Uthman pula. Dato' Uthman yang tadinya merenung telefon terus meletakkan telefon di sisi. Takut jika dirinya pula dileteri.
"Harini kan hari minggu. Dia orang belum bangun la tu. Awak ni pun." Balas Dato' Uthman sambil mencapai senduk. Mee goreng basah yang dimasak oleh isterinya itu terlihat menyelerakan.
"Dah pukul 9 pagi bang. Tak bangun apanya. Macam manalah rezeki nak masuk kalau lepas subuh tidur."
"Morning mommy, daddy." Yusuf Qayed mencium tepi kepala Datin Aini sebelum menarik kerusi.
"Morning. Mana Umar dan Aishah?" Tanya Datin Aini apabila wajah anak kedua dan anak bongsunya masih tidak kelihatan.
"Umar kat bilik dialah. Aishah tak tahu. Dia balik ke malam tadi? Yusuf tak nampak pun kereta dia kat luar." Ujar Yusuf Qayed, anak sulung Dato' Uthman dan Datin Aini. Mee goreng di senduk masuk ke dalam pinggannya.
"Mana ada Aishah dalam bilik. Umar rasa dia tak balik." Tutur Umar pula sebaik menuju ke ruang makan.
"Apa nak jadilah dengan anak dara kita tu. Tak habis-habis dengan perangai tak semenggah dia." Keluhan dilepaskan perlahan.
Susah benar mahu menjaga anak gadisnya itu. Menjaga Yusuf dan Umar lebih mudah berbanding menjaga Aishah. Anaknya itu terlalu bersosial. Pakaian juga sudah tidak seperti orang. Seperti telanjang saja dilihatnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
