"Ya Allah, ku yakin bahawa takdir Mu lebih baik dari semua yang aku inginkan. Beri aku kekuatan untuk memahami ini sebagai anugerah Dari Mu"
Sup yang sedang menggelegak di atas dapur di kacau perlahan sebelum menutup api. Tangan kembali menghiris halus daun bawang dan daun sup.
Selesai menghiris, mangkuk-mangkuk kaca di dalam almari pula dikeluarkan. Sup, kacang goreng, nasi impit, sambal kicap, bawang goreng, ayam goreng yang sudah siap direca, daun bawang dan daun sup dihidang memenuhi meja makan mewah itu.
Umairah tersenyum sendiri melihat hidangan itu.
Kaki bergerak masuk ke dapur semula untuk membancuh air. Dua jug kaca diambil untuk membancuh kopi dan milo.
"Awalnya pengantin baru ni bangun. Maksu baru turun nak buat sarapan. Rupa-rupanya sarapan siap dulu dari maksu." Ujar maksu bersama tawa kecil.
"Selamat pagi, maksu. Tak apa hari ni biar Umai masak. Maksu mesti penat kan?" Tanya Umairah sambil mengacau air kopi.
"Penat apanya. Maksu relax je dari kelmarin. Umai yang patut penat. Umar mana?" Maksu mula bertanya mengenai suaminya.
"Dekat atas. Tengah mandi agaknya." Bohong Umairah. Masakan dia mahu katakan Umar sedang tidur. Jam pun sudah menginjak ke pukul 7.45 pagi.
"Oh. Maksu nak tanya ni. Malam tadi Umar keluar ke?" Bisik maksu perlahan.
"Ke..luar? Tak lah. Umar ada je tidur dalam bilik."
"Bukan apa maksu dengar macam bunyi pintu terbuka dalam pukul 3 pagi. Maksu ingat Umar keluar."
"Papa kot. Sebab Umar ada je dengan Umai."
"Yalah tu agaknya. Sarapan ni dah siap ke belum? Kalau dah siap, maksu nak panggil semua turun."
"Dah. Dah."
"Umai pun pergi la naik. Panggil Umar turun sekali. Tak elok biar dia dekat atas. Mana tahu dia segan dengan family kita."
Umairah mengangguk sebagai balasan.
Sofa yang menempatkan Umar dia dekati perlahan-lahan. Tangan bergerak ke hujung kaki suaminya. Mahu mengejutkan Umar.
"Awak. Awak." Panggil Umairah sambil menggoyangkan kaki Umar.
Sebenarnya dia takut saat ini. Takut kalau Umar memarahinya kerana mengganggu lenanya.
"Nak apa?" Tanya Umar tanpa membuka mata. Badan dikalihkan menghadap Umairah.
"Sarapan dah siap. Papa panggil turun. Sarapan sekali."
"Dah pukul berapa?"
"8 pagi."
"What? Kenapa kau tak kejut aku? Aku ada kelas pagi ni." Ucap Umar laju seraya bangun dari baringan.
Tuala mandi yang semalam digunakannya ditarik pantas.
"Tapi hari ni kan ahad." Kata Umai perlahan tetapi masih dapat didengari Umar.
Mendengar hari yang diucap Umairah membuatkan kakinya berhenti bergerak.
"Ahad?" Tanya Umar meminta kepastian.
Umairah mengangguk laju.
Tanpa memperdulikan Umairah, dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
Selesai membersihkan diri, segala keperluan diri dikeluarkan dari beg yang dibawa semalam. T-shirt hitam disarung laju pada tubuh.
Umairah yang menunduk sedari tadi di atas katil dia biarkan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomansaDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
