🍁B A B 49

5.7K 299 75
                                        

"Terkadang cinta harus saling melepaskan agar bisa saling menemukan."

"Mommy. Mommy." Jerit Umar kuat dari luar rumah. Pintu rumah dirempuh kasar. Perasaannya bercampur baur kini. Gembira, teruja, takut, berdebar dan banyak lagi.

Yang utamanya mestilah teruja. Teruja mahu bersua muka dengan Umairah. Teruja mahu melihat anaknya. Hatinya kuat mengatakan bayi itu miliknya. Ya, anak dia!

"Sayang. Kenapa you balik ni? You rindu I ya?" Ujar Puteri teruja apabila wajah Umar menyapa mata. Bernasib baik betul dia datang ke sini. Niatnya datang ke sini saja mahu makan tengahari bersama ibu saudaranya selepas ajakannya ditolak Umar sebentar tadi.

Siapa sangka Umar juga balik ke rumah. Rezeki. Rezeki.

"Mommy aku mana?" Tanya Umar terus. Tiada masa dia mahu melayan perempuan gedik ini. Mata melilau di setiap penjuru rumah.

"Mommy dekat atas. Solat zuhur."

Umar terus berlari ke atas meninggalkan Puteri.

Puteri memandang pelik sikap Umar. Tiada angin tiada rebut tiba-tiba saja berperangai pelik begitu. Kaki turut diarak ke atas.

"Mommy." Laju Umar menerpa Datin Aini yang sedang menyidai sejadah. Terkejut wanita itu dengan terjahan Umar.

"Mommy. Dia dah balik." Tubuh mommy dipeluk erat. Serta merta tangisannya datang. Mungkin kerana terlalu gembira.

"Dia? Siapa? Kamu kenapa ni?" Datin Aini masih tidak dapat menangkap maksud Umar. Wajah Umar ditilik dalam.

"Umairah. Umairah dah kembali. Akil nampak dia dekat KLIA."

"Ya Allah. Betul ke?"

Umar mengangguk berkali-kali. Jelas terpancar riak gembira di wajah itu menandakan apa yang diperkatakan oleh Umar benar.

"Umar nak jumpa dia sekarang. Mommy teman Umar?"

"Sekarang?" Umairah baru saja kembali dan anaknya terus mahu bertemu gadis itu? Tidak takutkah Umar kalau Umairah tidak bersedia lagi mahu bertemu?

"Mommy rasa ada baiknya kita tunggu daddy dulu. Kalau ada hal yang nak dibincang lebih mudah kalau daddy ada." Kalau bertemu sekarang, baginya macam terlalu terburu-buru.

Lagipula hubungan mereka sekeluarga dengan besan sana sudahlah kurang baik selepas Umairah menghilang.

Umar sudah seperti cacing kepanasan. Sejujurnya dia sudah tidak sabar mahu bertemu Umairah. Kalaulah tidak kerana nasihat mommy, dia sudah pergi sekarang juga.

Dibalik pintu Puteri mendengar semuanya. Air mata yang mengalir dibiarkan saja. Hatinya terluka. Dia sangkakan Umar sudah melupakan Umairah tetapi nampaknya dia silap sama sekali. Lelaki itu masih mencintai Umairah sama seperti dulu.

Lihat saja keterujaan Umar. Jelas lelaki itu begitu menantikan detik ini. Keluhan dilepaskan. Adakah dia perlu mengalah lagi kali ini?

Kenapa harus datang kembali selepas pergi? Kenapa?








Umairah menyapu minyak Yu Yee pada perut dan tapak kaki Ayra. Ayra pula membebel-bebel seakan bersembang dengan mamanya. Habis sekeliling mulut kecil itu dipenuhi air liur. Sudah berapa kali dilap tetapi Ayra begitu suka bermain air liur.

"Rara ni kan. Kotorlah. Habis baju Rara kotor nanti." Bebel Umairah perlahan. Tangan ligat menyapu wajah Ayra dengan kain.

Melihat Umairah marah, semakin galak pula dia menyembur-nyembur air liur.

"Abang. Tengok Rara ni." Adu Umairah geram pada Aariz yang sedang khusyuk memandang telefon.

Ayra ketawa menampakkan lesung pipitnya. Bertambah geram Umairah melihatnya. Pipi pau Ayra digigit-gigit.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang