'Pokok tidak pernah membenci angin bila daunnya gugur. Jadi jangan pernah salahkan Takdir jika hidup dalam dugaan.'
Ikhwan dan Aishah hanya menunggu di luar kawasan rumah dari jarak jauh. Menunggu tindak balas kesan ubat yang diberinya pada Umar dan Umairah. Dalam masa yang sama menanti kedatangan orang pejabat agama.
"You yakin ke dia orang okay dekat dalam tu?" Aishah semakin gelisah sejak keluar dari rumahnya beberapa minit lepas. Dia takut apa yang mereka rancang menjadi perkara lain pula.
Sejujurnya otak dia sekarang sedang membayangkan kata-kata Ikhwan petang semalam. Bagaimana kalau Umairah membunuh Umar?
"Okay punya. Entah-entah tengah sedap buat projek." Ujar Ikhwan dengan tawa.
Tidak dapat dia bayangkan Umar dan Umairah yang 'suci' itu melakukan perkara yang tidak pernah mereka lakukan. Pasti lain macam. Teruna dan dara.
"Macam mana kalau Umai bunuh Umar?" Aishah luahkan kerisauannya. Tangannya mengenggam antara satu sama lain. Sumpah hatinya terasa lain.
"Bunuh apanya? Kan dua-dua kita bagi ubat tu. Bukan Umar sorang. I yakin diorang tengah enjoy tu."
"Betul jugak. I lupa pulak. Bila orang pejabat agama nak datang ni? I takut mommy yang sampai dulu."
Jam ditangan dari tadi dikerling. 9.45 malam.
"Kalau mommy you sampai dulu pun tak apa. Dia orang boleh tengok tayangan filem Umairah dan Umar secara live."
"You jangan macam-macam Ikhwan." Bahu Ikhwan ditepuk kuat.
"Betul apa. Mana-mana sampai dulu pun okay. Tapi I harap pejabat agamalah. Biar padan muka Umar tu kena tangkap basah. Biar dia malu besar. Selalu acah suci sangat, harini kena diri sendiri. Padan muka." Tutur Ikhwan geram.
Dalam hati sudah tersenyum gembira. Sudah lama dia tunggu saat ini. Saat untuk menjatuhkan orang yang dibencinya.
Terpampan Aishah Qaireen mendengar. Mengapa Ikhwan begitu menbenci dan berdendam dengan abangnya?
Sikit sebanyak Aishah takut dengan Ikhwan yang dilihatnya sekarang. Ikhwan yang penuh dengan dendam.
Umairah memapah Umar ke dalam rumah. Segala kudrat digunakan. Bukan senang mahu membawa Umar. Terhuyung-hayang tubuh mereka. Boleh tahan berat juga lelaki ini.
"Umai." Panggil Umar lembut.
"Ya." Jawab Umairah dalam sesak kepenatan. Terasa jauh pula mahu ke ruang tamu utama. Umairah rasa hanya tempat itu sesuai untuk menempatkan Umar. Mahu membawa Umar ke atas memang dia tidak mampu. Jauh dan memenatkan.
"Kenapa kau cantik sangat malam ni? Wangi sangat. Aku suka." Tutur Umar dalam keadaan tidak sedar. Perlahan-lahan kesan ubat itu mempengaruhi minda dan badannya.
Umairah terdiam mendengar. Kedengaran lain saja kata-kata Umar. Sedikit sebanyak menakutkan dia.
Tubuh Umar diletakkan perlahan-lahan diatas sofa. Habis senget-benget tudung dan bajunya. Dia membetulkan shawl yang sudah terselak itu.
Umar dengan wajah memerah melihat perlakuan Umairah dengan mata yang tidak berkelip. Berlawan antara nafsu dan akal yang sudah semakin hanyut.
"Umai." Tangan Umairah ditarik lembut.
Terkejut Umairah dengan perlakuan Umar. Dia cuba merungkai tetapi pegangan Umar terlalu erat ditangan kecilnya.
Wajah lelaki itu direnung dalam. Jelas wajah dan perlakuan Umar berlainan malam ini. Kenapa dengan lelaki ini?
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
