🍁B A B 16

3.9K 259 14
                                    

'Ketika ikhtiar sudah melampaui batas usah risau, biarkan doa dan takdir beradu di langit.'

Rambut yang basah dikeringkan menggunakan hair dryer. Mulut menyanyi kecil mengikut lagu yang terpasang di iphone miliknya. Bilik yang bersepah dengan baju-bajunya dipandang sekilas.

'Biarlah, nanti Mak Yam kemas.'

Selesai mendandan rambut dan bermake up, iphone yang diletakkan di atas meja solek diambil. Nombor Hazira dihubunginya.

"Hello." Panggil Aishah apabila panggilan dijawab.

"Hello babe."

"Kau tidur lagi ke? Jom keluar."

"Aku baru nak ajak kau. Aku datang rumah kau dulu boleh?" Tanya Hazira. Teringin juga dia mahu melihat Umar. Tambahan pula sudah lama dia tidak kesana.

"Boleh-boleh. Kau nak lunch sini ke?"

"Boleh ke?"

"Mestilah boleh. Kakak kau siap tidur lagi takkan kau nak lunch mommy aku nak marah pulak."

"Cakap pasal Umairah, dia mana? Tengah buat apa?" Hazira mengorek tahu.

"Entah dia. Aku tak keluar bilik lagi harini. Malam tadi dah la abang aku angkat dia. Dia pengsan kau tahu?" Aishah mula bercerita. Badan juga dibaringkan atas katil.

"What? Pengsan? Siapa angkat kau cakap tadi?" Tanya Hazira bertubi-tubi. Abang Aishah angkat Umairah? Yusuf atau Umar? Jangan cakap Umar!

"Ya kakak kau tu pengsan dekat dapur rumah aku. Umar la angkat dia siapa lagi. Nak harapkan Yusuf tu memang lambat la jawabnya."

Hampir terlepas telefon ditangan apabila mendengar cerita Aishah.

"Setengah jam lagi aku sampai rumah kau." Putus Hazira. Dia perlu segera ke sana.

"Okay. Aku tunggu." Panggilan dimatikan. Mata dipejam seketika sementara menunggu kedatangan Hazira.


"Argh." bantal dilempar ke lantai. Cadar katil juga sudah bersepah di tepi katil.

"Kau ni memang tak guna la Umairah." Jerit Hazira kuat.

Dia sangkakan Umar tidak akan memandang Umairah tetapi sebaliknya pula.

"Ya Allah, Cik Zira. Kenapa ni?" Tanya Kak Nik risau.

Sebaik saja dia terdengar jeritan dari bilik itu, dia terus berlari ke atas. Keadaan bilik yang bersepah seperti dibadai ombak itu direnung khuatir.

"Siapa suruh kau masuk bilik aku?" Marah Hazira nyaring.

"Maaf. Kak Nik cuma nak pastikan Cik Zira okay je." Balas Kak Nik takut. Wajah ditunduk dari terus direnung Hazira.

"Aku okay ke, tak okay ke kau tak payah sibuk. Kau ni sama je tak guna macam anak haram tu." kepala Kak Nik ditunjal tanpa rasa bersalah.

Terteleng-teleng kepala Kak Nik ke tepi.

"Anak haram?"

"Umairah tulah. Kau ni dahlah tak cantik, lembab pulak tu. Pergi berambus sana. Menyemak betul aku tengok muka kau dekat sini." tubuh Kak Nik ditolak kuat sebelum menghempas pintu.

Makin menggelegak hatinya berhadapan dengan orang gaji lembab itu. Suhu air cond dikurangkan tetapi masih tidak dapat melegakan hatinya.

Rambut diselak ke belakang sebelum kaki melangkah ke arah bilik pakaian untuk bersiap.


Seindah Takdir UmairahWhere stories live. Discover now