BAB 1

2.9K 167 19
                                    

“HARUMAN mawar yang terselit di celah telingamu menjadi dambaan para perjaka di luar sana. Membuatku gila bayang bagaikan Si angau yang buta. Tetapi mengapakah pengakhiranmu begini? Oh Mahsuri.. mengapakah darahmu warna pink?”

     Lakonan yang sungguh dramatis sekali. Lelaki itu begitu menjiwai wataknya selajur dengan urat-urat tangan yang timbul kesan daripada tangannya yang mengepal kuat.

     “Cut!”

     Semua kelibat mata tertumpu kepada lelaki berkain pelikat kotak-kotak itu. Beberapa orang pembantu pentas sudah pun menekup mulut sambil menahan tawa. Aku kat sini juga turut tergelak kecil.

     “Cut, cut, cut and cut! Hentikan lakonan sekarang. You, jantan rambut burung kakak tua tu, kenapa boleh salah skrip. Sejak bila darah Mahsuri warna pink?”soal wanita bertubuh sedikit gempal itu. Sanggul rambutnya yang ditutupi kain selendang dah serupa macam Jarjit Sigh kat dalam cerita Upin dan Ipin tu.

     Sebelum drama sebabak kat sini bermula, aku cuma nak cakap yang aku datang ke sini secara terpaksa. Siapa yang paksa? Siapa lagi kalau bukan sahabat sehati sejiwa dunia akhirat aku. Azna Sepanyolnyellah.

     Pembetulan. Kayla Aznasyah.

     Ya. Nama sesedap Spegeti Carbonara yang mak aku selalu masak. Tapi perangai dia ni dah serupa macam mangkuk hayun. Ada siptom gila-gila sikit. Dan disebabkan siptom itu, aku mula musykil dengan kawan sendiri. Dia ni pernah ada rekod duduk kat Tanjung Rambutan ke?

     Lagi satu, aku panggil dia Azna Sepanyonyellah sebab dia minat sangat dengan mamat sepanyol. Entah kenapalah dia minat dengan manusia berhidung monyet proboscis itu. Apa ayat yang dia selalu luah tu? Timun? Tiamo? Entahlah. Malas aku nak buat throwback balik. Otak aku ni senstif dengan yang namanya ‘mengingat’ sebab aku tak suka makan kismis.

     “Assalamualaikum. Bestie!”

     Hampir sahaja aku jatuh tersembam kat atas lantai. Nasiblah aku sempat tarik hujung tudung bawal minah bertuah ni. Sampai pun. Aku ingatkan dia dah amnesia dan tak ingat yang aku ada kat sini.

     “Oik sis! Janganlah main tarik-tarik dengan tudung aku!”

     Kecut semangat aku dengar suara langsuir itu. Nikmat aku merasai pengalaman koklea telinga yang hampir rosak hanya Allah yang tahu.

     Tangan ke bahu. Mata menjuling ke atas. Pasrah ajelah aku.

     Cepat-cepat aku lepaskan kain tudung Azna dari tangan aku. Nasiblah aku tak tarik habis tadi. Tapi still aku hambur gelak bila nampak keadaan Azna sekarang. Tudung Neelofa itu dah senget tepi. Pin yang kat dagu dan berkoordinat kat bahagian telinganya. Muka Azna pun dah memerah macam baru habis benam muka kat serbuk kari Babas.

     “Allahu.. Kawan aku ke ni?”soalku sengaja.

     Azna cerlungkan matanya seraya membetulkan tudung kat wajah.

     “Lain kali, jangan main-main dengan tudung aku. Tahulah tudung ni murah. But it’s still ada sentimental values tahu tak?!”

     Kali ni, aku pulak yang ganti geram. Sedap betul mulut minah ni marah aku. Dia tak tahu ke yang perkara tadi tu yang mulakan?

     “Ewah.. Sedapnya mulut kau marah-marah aku. Kau tu yang sepatutnya aku marah. Apasal kau bagi kejut aku tadi? Lain kali, kalau nak bagi salam, bagilah betu-betul! Kalau aku jatuh tadi, kau yang kena bertanggungjawab kalau aku tiba-tiba jadi sumbing!”bidasku.

     Pipi Azna dah berona merah. Bibir dah muncung macam mulut ikan jaws. Kalau diikutkan hati ‘suci murni’ aku ni, nak sahaja aku sepit bibir Anjelina Joeli tu dengan sepit kain kat rumah aku. Biar baby tua ni sedar sikit!

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now