BAB 15

956 98 2
                                    

SEMUA yang ada hanya terdiam saat Dr Rozaline mulai melangkah masuk. Haruman minyak wangi pensyarah wanita itu rasanya dah cukup untuk dirikan sebuah kilang perfume. Dengan baju kemeja putih dan slack, lecturer yang sudah berusia itu tampak muda.

     “Kau rasa kalau aku mengurat Dr, dia akan terima aku jadi suami dia tak?”

     Terkebil-kebil aku memandang Afiq di sebelahku. Tiba-tiba sahaja duduk di sini dan minta pendapatku. Apa kena dengan dia ni?

     “Kau tanya aku apasal? Kau tanyalah Dr terus. Dapat jugak kami tengok drama free depan tu nanti,”perliku.

     Azna yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelahku itu mengangguk setuju. Afiq meramas-ramas dagunya yang berjanggut sedikit itu. Kelihatannya macam mahu melaksanakan misi berisiko itu.

     “Tapi kalau aku dilesing dan dirongakkan oleh Dr macam mana?”

     Aku julingkan mata ke atas.

     “Kau pakailah gigi palsu! Dahlah. Syuh… Jangan tanya kitorang yang pelik-pelik boleh tak? By the way, kitorang nak fokus ni. Kejap lagi Dr nak mula dah tu.”

     Walaupun begitu, Afiq masih lagi tercegat duduk sambil mengangguk-angguk perlahan dengan idea yang berlegar-legar di minda. Sehinggalah Hafiz datang menarik telingannya senyap-senyap.

     “Woi! Apasal kau tarik telinga aku?!”soal Afiq yang ditarik Hafiz kasar itu.

     Tercengang kami memandang.

     “Dari tadi aku cari kau nak mintak tunjuk ajar sikit kepandaian kau tu kat aku. Rupa-rupanya sibuk dengan hal nak mengorat perempuan eh? Kau nak aku bagi tahu kakak kau ke yang kau ni miang?”

     Lepas tu kitorang dah tak dengar apa-apa. Dah jauh Afiq diheret Hafiz ke meja belakang. Satu yang salute ialah bila Hafiz berani tarik telinga lelaki buaya darat itu.

     “Apasal jugak kau layan dia?”soal Azna tiba-tiba. Mulutnya dipenuhi potato chips yang dikunyah perlahan. Mungkin risau kalau kedapatan makan di kelas.

     Sesekali aku kerling Dr Razaline yang sibuk menyediakan bahan-bahan slide itu. Dengan dibantu oleh beberapa pelajar, kerja-kerjanya jadi semakin mudah.

     “Bukannya aku nak layan sangat pun. Cuma kesian sikit bila dia bibitkan cinta bertepuk sebelah tangan untuk lecturer kita.”

     Selamba aku tarik potato chips Azna dari tangannya. Aku ni kalau ikut betul masih lagi sakit kepala dan demam. Tadi pagi mak beriya-iya nak aku duduk rumah. Tapi aku tak nak. Risau sebenarnya. Aku tak suka susahkan mak.

     “Bukan Dr Rozaline tu dah ada suami ke? Anak pun dah besar dan ada yang dah tamat ijazah?”soal Azna tercengang.

     Aku angguk perlahan.

     “Tu yang aku kesian kat dia tu. Dia tak tahu lagi. Macam manalah kalau dia tahu. Mesti retak seribu hati mamat tu. Kena cari yang baharu lah jawabnya.”

     Terus aku dan Azna tahan gelak besar. Sehinggalah satu dewan pandang kami.

     “Yes Lara, Azna.. Kenapa duk tergelak-gelak masa kelas nak mula? Ada something yang korang nak share kat kelas ke?”soal Dr Rozaline tegas.

     “Err.. Tak ada Dr. Saja aje gelak-gelak nak buang stress.”

     Pinggangku dicuit Azna.

     “Oik.. Apasal kau jawab macam tu?”soal Azna berbisik di sebelahku.

     Dr Rozaline angkat kening sebelah. Sementara yang lain sudah pun menahan tawa masing-masing.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now