BAB 24

332 29 0
                                    

TADI coach dah janji nak hantar aku ambil Izzan dan Amirah kat sekolah. Katanya, mak dah pesan yang dia boleh tolong aku kalau ada apa yang patut. Mengeluh lagi... Mak aku ni, percaya sangat kat coach sampai bab tolong-menolong pun dia nak libatkan coach dalam semua hal.



"Saya tunggu kat parking lot,"pesan coach tadi sebelum melangkah pergi.



Aku nak jalan sekali tapi tiba-tiba Ali yang entah datang dari mana suruh aku pergi office Tuan Anthony. Katanya lecturer kami tu ada hal nak suruh kongsi kat group whatsapp. Mungkin pasal tugasan lagi kut.



Tangan di bahu, mata ke atas.



Mengeluh lagi aku bila tekaanku betul. Nampaknya, tugasan bakal menggunung lagi kat atas meja.



"Alright Lara. Terima kasih sebab selalu bantu saya. Sebab awak selalu sukarela dalam hal-hal tugasan ni, sepuluh peratus markah tambahan dah jadi milik awak."



Ada hikmah rupanya.



"Ya tuan. Terima kasih banyak-banyak. Kalau macam tu, saya pergi dulu."



Keluar sahaja dari officenya, aku rasa macam nak lompat bintang sampai ke Neptun. Tak sia-sia aku gagahkan kaki masuk office dia tadi. Nampaknya, ganjaran sepuluh peratus markah tambahan dah datang menyapa seorang Lara Darlisa.



"Lara.."



Terbejat langkahku sewaktu melalui hallway yang sunyi itu. Memang masa rehat macam ni pelajar lebih suka luangkan masa di kedai makan berhampiran.



"Lara.."



Aku tidak berganjak dari kedudukanku. Tapi tidak jugak kepalaku menoleh ke arah suara yang memanggil namaku itu. Secara tiba-tiba lampu siling hallway itu berkelip-kelip. Sempat membunyikan letupan elektrik kecil sebelum mati. Suasana berubah gelap.



"Lara!"



Menjerit aku sewaktu suara itu nadanya naik seoktaf. Sehingga aku jatuh terduduk sambil menekap telinga dengan kedua belah tangan. Menggigil lagi aku bila kegelapan mula menguasai ruang ini.



"Hey!"



Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku berlari masuk semula ke dalam pejabat Tuan Anthony. Tapi bunyi tapak kaki yang melangkah ke arahku membuatkan aku kecut semangat. Bayangan pemeras ugutku hari tu mulai menghantui minda.



"Kalau tidak aku tikam kau!"



Suaranya kasarnya bergema kembali. Teringat kesakitan sewaktu dia membenamkan pisaunya ke bahuku buat lukaku terasa ngilu semula. Laju aku berdiri dari jatuh. Beg dan failku aku biarkan tertinggal di lantai. Larian aku lajukan ke arah parking lot.



"Jangan dekat dengan aku!!"jeritku sewaktu mengesan yang manusia itu mengejarku.



Dahiku mulai dibasahi peluh. Tanganku terasa dingin dan nafasku mulai terhelah secara tidak normal. Ketakutan yang amat sangat buat aku menangis. Mujurlah kereta coach sudah terpampang di depan mata tidak jauh dari kawasanku.



"Coach!"laungku.



Ketika itu coach sedang menghubungi seseorang di talian. Walaupun suaraku tak menembusi dalam kereta, tapi pandangannya terhala ke arahku. Berkerut dahinya melihatku yang berlari ke keretanya.



"Kenapa lari?"soalnya pelik.



Aku yang sudah berada di tempat duduk sebelahnya mulai mengunci pintu kereta. Tanpa segan aku menguatkan suhu pendingin. Mataku masih dibasahi air mata.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now