BAB 54

322 24 0
                                    

BIASALAH kalau dah namanya naik minyak, naik tocang, kepala besar, memang kalau time tak ada coach semua akan bersenang-lenang curi tulang. Latihan yang sepatutnya dilaksanakan, kalau coach kita tak datang sampai hujung tahun, rasanya sampai hujung tahun jugaklah latihan tak dibuat.



"Oh my... Turn aku dah!" .



Untuk pertama kalinya dalam sejarah, aku bakal melakukan checkmate dengan mudah. Azna kat depan dah gigit kuku sebab risau novel hard covel RM 60 jatuh ke tanganku. Aku naikkan kening sebelah dengan senyum jahat.



"Tulah kau.. Lain kali jangan pertaruhkan yang mahal-mahal. Apasal kau tak bertaruh coklat bar RM 7 tu aje? Tak pun tiramisu RM 15 kat café hujung tu,"kataku sambil mengangkat 'Queen' ke atas. Hampir sahaja aku daratkan ke atas papan catur sebelum tiba-tiba seseorang menjerit di luar sana.



"Emergency, emergency! Guys.. Aku nak bagi tahu yang.."



Dan mamat tu tersadung bendul pintu masuk. Tak hanya jatuh tersembam kat atas lantai, dia bergolek ala-ala Kajol bergolek kat atas salji. Tapi laju sahaja dia berdiri dari jatuh selajur mengesat peluh yang merenik.



"Hebat tak dramatic entrance aku?"soal Fikri a.k.a mamat yang terjatuh bergolek tadi tu. Viviani menjuihkan bibir.



"Dramatic entrancelah sangat. Kau jatuh tu,cakap ajelah jatuh. Tak payahlah nak bagi alasan sangat."



Fikri garu kepala yang tak gatal. Dia sengih sumbing.



"Dah-dah. Dah kenapa kau lari jerit 'kecemasan' kat sini? Ada penunggang motosikal terbabas masuk longkang ke? Ke isteri kau dah nak beranak?"soal Manisyah pelik.



Fikri buntangkan mata. Dia tepuk dahi kuat. Kuat sangat sampai merah dahinya dibuat. Dah boleh jadi sindoor orang India kahwin dah.



"Oh.. Aku lupa. Coach.. Coach! Dia on the way ke sini. Siap bawak rotan lagi. Aku rasa kayu hoki. Aku tak tahu dia nak buat apa dengan tu tapi kita akan mampus kalau dia nampak kita goyang kaki tak buat latihan!"



"Coach? Oh tidak! Korang! Laksanakan misi lakonan sekarang. Coach on the way!"jerit Hana nyaring. Niezam yang turut terkejut itu laju sahaja berlari masuk ke dalam stor sebab nak ambil prop memandangkan pentas masih kosong tanpa sebarang 'bukti latihan'.



Aku ketap bibir.



"Kemas cepat! Kecoachi kau mesti akan bad mood nampak kita macam ni!"pintaku. Tapi belum lagi aku cakap, Azna dah awal-awal sumbat kotak chess tu dalam tote bagnya. Sempat lagi dia peluk novelnya itu.



Ceh!



"Kun.. kunci.. Kunci woi! Mana kunci stor?! Aku tak dapat bukak pintu ni!" jerit Niezam sambil memulas-mulas kasar tombol pintu.



"Tangkap ni!"ujarku selajur menghumban objek besi keramat tu. Laju sahaja Niezam tangkap dan masukkan ke dalam lubang kunci. Pintu stor akhirnya terbuka dan dia yang lain berpusu-pusu masuk mengambil prop latihan. Kalut semuanya diletak di atas pentas.



"Lagi beberapa meter! Aku tak nampak mata coach sebab dia pakai kaca mata hitam. Rasanya bakal berapi kalau korang tak siap sekarang!" kata Fikri gerun. Rasanya anak-anak teater dah mula tension nak bersiap.



"Kumpul semua! Lakonkan babak terakhir terus! Part yang ada orang meninggal tu!"arah Hana.



"Ya.. Sin.."



"Oik! Apasal kau baca Yasin kat atas tu?"



"Kan ni part orang meninggal. Kita kena baca yang ni terus. Supaya coach percaya yang kita ada buat latihan."

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now