PEMBETANGAN terakhir diakhiri dengan jayanya. Untuk pertama kalinya Dr Rozaline berpuas hati dengan prestasi kitorang. Biasalah ni. Kalau exam semakin dekat, semua orang pun akan struggle nak lulus. Markah kali ni bukannya boleh bawak main. Dr Rozaline ni, sekali buat silap, kosonglah markah jawabnya.
Dan macam biasa. Berpijak sahaja lecturer ke luar lecture hall ni, terus bumi macam nak gempa dengan bunyi pot pet pot pet pelajar-pelajar. Itu bukan termasuk aku sebab aku rasa tak sedap hati. Aku tak tahu sebab apa tapi tiba-tiba mood aku ke laut.
"Kau tak nak main chess ke hari ni? Aku ada novel baharu nak buat pertaruhan ni. Kalau kau menang, aku kasih? Nak tak?"soal Azna buat-buat suara comel kat sebelah aku.
Terus aku tekup muka dengan tote bag. Sempat lagi dahi aku terhantuk kat botol air dalam beg tu. Pasrah ajelah.
"Tak naklah aku. Sampai kiamat pun aku takkan menang kalau main chess. Kau ajaklah orang lain. Aku rasa tak sedap hati ni. Mood aku tiba-tiba aje merundum. Macam ada something wronglah Azna."
Azna tercengang.
"Hey Bestie. Kenapa tiba-tiba putus asa awal-awal ni? Selama ni, kau tak pernah pun cakap tak kalau aku ajak main chess. Kenapa untuk pertama kalinya kau mencatat sejarah tak nak untuk chess hari ni?"
Aku pandang Azna dengan mata redup. Aku tekup dada dengan muka sayu.
"Aku rasa tak sedap hati ni Azna. Entah kenapalah aku rasa macam ni tapi serius aku risau kalau ada apa-apa yang tak baik terjadi."
Azna terus gelakkan aku. Serius, aku rasa macam nak cabut aje gigi minah ni. Aku cakap dengan sepenuh perasaan kut tadi.
"Drama sangatlah kau ni Lara. Mesti banyak tengok drama Endonesia ni. Kalau ada something wrong, terus rasa tak sedap hati."
Aku mencebik. Lantas mengambil keputusan untuk berdiam diri. Sebab kalau cakap sejuta kali sampai kelenjar air liur rosak pun, Azna tetap takkan percaya cakap aku.
"Tak apalah kalau macam tu. Aku nak tidur."
Tapi mood aku nak tidur terganggu apabila Ali datang menegur kami berdua. Siap dengan novel kat tangan, dia pandang kitorang dengan pandangan menyampah.
"Kau ni dah kenapa Ali? Datang sini buat muka hodoh macam tu apasal? Nak kena hempuk dengan laptop aku ke?"
Ali julingkan mata ke atas sebelum wajahku dipandangnya.
"Aku dah pernah janji yang aku takkan jadi tukang sampai korang lagi. Tapi yang tu untuk minah seksi tu aje. Sekarang ni, ada mamat berkemeja biru kat luar cari kau. Dia suruh kau jumpa dia kat taman sebelah. Macam mustahak aje tu. Aku tengok muka dia pun macam orang frust."
Seraya itu aku pandang muka Azna. Sama-sama kami pelik.
"Okey. Sebelum tu, boleh kau tolong explain sikit tak wajahnya?"pinta Azna.
Macam cuba menghafal jampi, Ali pandang atas seketika. Dagunya diraupnya perlahan sebelum terangguk-angguk mengiyakan fikiran sendiri. Faezah yang datang entah dari mana pun dah bingung sambil duduk di kerusi sebelahku.
"Apa kena dengan mamat ni? Apasal dia pandang siling tu? Ada mayat mati kena sangkut ke atas tu?"soal Faezah sudah mulai geram. Laju bahunya ditepuk Azna. Perempuan itu sudah pun meletakkan jarinya di bibir meminta Faezah untuk diam.
"Diam jap. Dia tengah bertakafur tu. Loading jawapan kejap."
Terus Ali pandang kami bertiga lalu berdehem kecil.
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romance"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...