BAB 20

1.2K 100 11
                                    

PAGI tadi, kekanda kesayangan iaitu Zaharal Eskandar dah berlepas pergi. Kembali semula ke kampus di UMS kat Sabah. Dia pergi bukanlah nak lanjutkan pelajaran lagi tapi bakal menamatkan pelajarannya. Sebab itulah mak dan abah ikut sekali. Sebab mereka nak ada bersama-sama Abang Eskandar dalam menyambut hari konvensyennya.

     Sementara aku pulak jadi babysitter sementara adik-adik kat rumah. Baru aku tahu peritnya dalam melayan kerenah Izzan yang nak ke sekolah. Pagi-pagi lagi aku dah sediakan sarapan untuk dia. Tapi masa aku nak masak jugaklah di sibuk tanya aku koordinat stokingnya.

     Bukan setakat stoking sahaja, berus gigi dia pun boleh hilang dari kamar mandi. Lagilah dia naik darah bila tahu Amirah dah eksploitasi berus gigi Darlienya itu untuk gosok gigi Handry.

     Memanglah Izzan ni. Masih muda-muda lagi dah tunjukkan siptom-siptom darah tinggi. Nampaknya kena minum Omegalah budak ni kalau tak nak banyak kolesterol yang bakal menyumbat lumen darah.

     “Jadi Amirah siapa yang jaga kalau kau kat sini?”soal Azna kat sebelah.

     “Cikgu dia kat sekolahlah yang jaga. Kan dia ada kat tadika sekarang.”

     Azna bulatkan bibir selajur mengangguk.

     Dewan kuliah yang sunyi ini hanya diisi dengan kami berdua. Lima minit yang lepas, kuliah dari Tuan Anthony sudah pun habis. Nanti pukul dua petang, Dr Rozaline pulak yang akan tunjuk muka. Tapi sebelum aku hadirkan diri, aku kena jemput Izzan dan Amirah dulu dari sekolah. Nampaknya kena suruh Mak Munah jaga sekejap sehingga aku pulang nanti.

     Kalau biar dua ekor tu duduk rumah tanpa orang dewasa, macam-macamlah boleh terjadi. Izzan tu bukannya boleh percaya. Jerang air berjam-jam sampai bocor cerek air dibuatnya. Boleh terbakar rumah kalau macam tu.

     “Jumpa tak?”

     “Belum lagilah. Penat aku cari dari tadi. Kau tolonglah jugak.”

     Buku nota setebal dua inciku dah hilang. Macam nak menangis pun ada kalau buku tu betul-betul hilang. Dah banyak informasi yang aku boleh pakai memandang laptopku dah dicuri Si mangkuk hayun yang misainya setebal hutan amazon hari tu.

     “Tak adalah Azna. Macam mana ni? Dahlah banyak info dalam tu.”

     Hampir aku berputus asa sebelum Azna cakap “Ha!”

     Laju aku berpaling ke arahnya.

     “Dah jumpa tak?”

     Terus Azna berkerut memandang buku nota warna hijau itu. Dia tepuk dahi.

     “Patutlah macam kenal. Rupanya ini buku nota aku yang hilang seminggu yang lalu. Membazir aje aku beli yang baharu. Rupanya ada pulak bersembunyi bawak meja ni.”

     Aku ketap rahang.

     “Ingatkan aku punya.”

     Azna tayang sengih sehinggalah telefonnya berdering kuat. Laju sahaja dia menjawab sampai buku nota yang dipegangnya tadi jatuh terhempap di atas kepalaku. Aku menjerit kecil.

     “Kau baik-baiklah jugak pegang barang. Bucu buku kau tu tajam macam samurai tahu tak?!”marahku.

     Tapi Azna tak dengar sebab dia sibuk melayan orang dalam talian. Pasrah ajelah.

    “Oh.. Okey auntie. Saya datang sekarang. Tapi Auntie jangan pergi mana-mana tau. Nanti susah Azna nak cari.”

     Dahiku berkerut sedikit.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now