BAB 6

1.5K 116 4
                                        

SAKIT gegendang telinga aku dengar Si Azna Sepanyollelah ni menyanyi lagu kat sebelah. Dahlah mood aku pagi ni dah ke laut. Semalam aku tak cukup tidur sebab terpaksa perbaiki skrip-skrip drama yang coach arahkan. Hari tu aku dah buat tapi banyak kesilapan.

     Lagi satu, aku ingatkan skrip tu nipis. Tapi tak sangka pulak boleh tebal. Kalau aku ingat-ingat, ketebalan kertas tu ada iras-iras tebal kertas kerja rumah Matematik Tambahan aku masa tingkatan lima dulu.

     Ya.. Siapa ambik addmath sila angkat tangan. Sesungguhnya, sehingga sekarang aku masih meratapi kehadiran makhluk bernama ‘matematik’ ini. Dahlah aku ni kurang zat besi. Lembab dalam penyelesaian matematik.

     Tapi kalau tanya Aznasyah, dia memang otai dalam hal ni. Walaupun bukanlah setaraf Amalina Che Bakri, tapi dia bisa mengalahkan satu sekolah dengan kehandalannya bermatematika. Eh.. Jauh pulak aku bermadah.

     “She my best friend, she a real bad bitch..”

     “Oik, diamlah!”

     Aku dah halakan sudip besi ke arah Azna.

     Satu kelemahan bagi seorang Kayla Aznasyah ialah suaranya mengalahkan katak puru di sebalik semak-samun belakang rumah nenek aku. Telinga aku ni dah sakit sebab dia dari tadi asyik terpekik-pekik. Tak fokus aku nak tumis sambal belacan legend mak aku ni.

     “Aloo.. Best apa lagu tu. Kita nak nyanyi lagilah.” Gadis itu memintal-mintal tali apronnya. Aku jelis dia sekilas.

     “Kalau kau nyanyi, sambal aku tak jadi! Terkejut dengar suara kau,”bebelku.

     Memang ini rutin pagiku di hari cuti. Sediakan sambal nasi lemak sebelum disajikan kepada pelanggan. Restoran yang terletak beberapa minit dari kawasan perumahan kami ni sudah utuh berdiri sejak sebelum perut abah aku boroi lagi. Bila dah nikah dengan mak, abah terus berhenti ambil tukang masak. Sebab mak aku dah ada secret resipi sendiri untuk majukan restoran ni.

     “Alah kau ni, Lara. Kalau kau nak tahu, suara macam akulah ni yang mampu merebut RM 3 000 kat dalam rancangan I can see your voice tau! Dengan suara macam ni jugaklah orang macam Mark Adam tu dapat pekerjaan melatih suara orang. Dengan suara macam ni jugaklah..”

     Lepas tu aku dah tak dengar apa-apa dah. Aku pekakkan telinga dengar Si Azna ‘berdakwah’ kat sebelah aku. Walaupun hati dah memanas dan rasa macam nak simbah sambal belacan ni ke muka dia.

     Tapi dalam masa yang sama aku tetap bersyukur dengan kehadiran Azna kat sini. Taklah bertimbun pinggan mangkuk bila di ada. Keikhlasannya melakukan pekerjaan itu tanpa meminta upah amat aku tabik. Jarang nak jumpa orang ikhlas macam budak matematik ni.

     “Akhir sekali..”

     Pasrah ajelah. Kalau buat slow motion kat sini, para penonton boleh melihat seberapa banyak air liur Azna tersembur-sembur kat sini.

     “Ya aku tahu. Aku tahu sangat.. Sangat-sangat mengetahui hal itu. Dahlah, baik kau pergi layan pelanggan kat luar. Tak khusyuk aku nak buat sambal ni. Kalau tak sedap nanti, kau yang kena bertanggungjawab!”

     “Whatsoever! Kau yang masak, tak payahlah tuduh aku. Dahlah, aku nak keluar. Tadi mak kau pesan suruh Abang Es beli bahan-bahan untuk esok. Dia suruh kau ikut sekali sebab takut salah beli.”

     Terhenti pergerakan aku bila Azna sebut nama abang kesayangan aku tu. Mimik muka Azna langsung tak beriak apa-apa. Dalam erti lain, dia bercakap tanpa ada sekelumit perasaan untuk abang aku pun.

     Aku mengeluh dalam hati.

     Abang Eskandar tu dahlah handsome, tinggi, putih melepak macam vampire siap ada lesung pipit kat dua belah muka, takkanlah dia tak pernah tercrush pun? Apasal dengan orang macam coach, mamat sepanyol dan Syed Saddiq dia boleh senang terminat?

PAIN KILLER [C] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang