BAB 46

304 22 0
                                    

"ABAH!"



Tubuh abah aku peluk erat. Tersenyum bila abah mulai mengucup kepalaku. Terlerai sahaja pelukan, terus tangan abah aku salam. Begitu juga dengan mak yang kelihatannya baru siap berkebun itu. Aku lakukan benda yang aku buat kat abah kat mak pulak.



"Alhamdulillah. Balik jugak pengantin baharu ni ke sini. Ingat kan dah tak nak balik sebab dah sangkut dengan Zasy kat rumah. Haahlahkan... Bila dah angau tu, siapa juga sudi nak lepas kan?"



Tergelak aku dengan kata-kata mak. Nampak sahaja macam menyindir tapi sebenarnya dia lagi suka kalau aku rapat dengan Khazasy. Khazasy kat sebelah sudah pun meletakkan beg pakaian ke atas pangkin. Mak dan abah disalamnya.



"Tapi tak apakan mak kalau Lara angau dengan Zasy? Nanti kalau tak angau, mesti dia tak nak balik kat Zasy. Asyik Handry aje yang ditatapnya nanti. Tak lama lagi, abang buang jugak Handry tu dari salasilah keluarga ni,"kata Khazasy. Aku yang dah tercengang di sini dikerlingnya.



Mak dan abah serentak tergelak.



"Alah.. Biasalah tu. Tulah. Siapa suruh Khazasy benarkan Lara bawak Handry tu ke rumah korang. Nak menangis air mata darah anak kami yang sorang tu. Sebab kucingnya dah dibawak akaknya lari."



Aku buntang sedikit. Serentak kepala melilau sekeliling rumah.



"Amirah mana mak? Alah.. Kenapa mak tak bagi tahu Lara awal-awal. Merajuklah adik Lara tu kat Lara. Haisy. Handry. Turun dari kereta tu. Akak tahulah dalam tu best tapi kita dah sampai rumah mak ni!"



Memanglah kucing aku seekor ni. Sekali dicakap, confirm dia dengar. Panggil aje nama manjanya. Kalau dah tertidur sampai tak ingat dunia pun, tetap juga akan terbangun. Sekarang dia dah mula keluar dari kereta yang pintunya terkuak sedikit itu.



"Handry!"



Terkejut aku dengan Amirah yang mulai berlari ke arah Handry itu. Bingung kucing tu sekejap bila mukanya dikucup-kucup Amirah laju. Amirah yang dah ada kat sebelah aku dan menumbukku perlahan.



"Bencilah akak ni. Akak bawak Handry apasal? Akak tahu tak yang Handry ni sekarang dah jadi boyfriend Mirah? Akak mana lagi boleh ganggu boyfriend Mirah ni sebab akak dah ada suami. Dalam Islam, orang pompuan tak boleh nikah dengan lebih dari satu orang lelaki tau!"



Aku terbeliak.



"Eeee...Mirah ni. Handry tu bukan suami akak tapi jantan comel simpanan akak tau. Kalau Abang Zasy tak nak dipeluk, akak peluklah Handry. Lagi best peluk Handry dari Abang Zasy tau. Sebab Handry gebu,"bisikku sengaja di telinga Amirah. Sempat aku kerling Khazasy yang dah tayang muka tak puas hati tu.



Terus Amirah gelak geli hati. Ditariknya aku masuk ke dalam rumah tanpa mengendahkan Khazasy,mak dan abah lagi. Tapi sebelum sempat aku masuk ke dalam rumah, simbahan air dah membasahi tubuhku. Dengar bunyi orang mengilai dalam tu, tahulah aku yang itu ialah Syahreezan.



"Izzan!! Apasal simbah akak air ni?! Tak malu ke kurang ajar dengan akak?"



Izzan masih lagi hambur gelak. Tiba-tiba sahaja bahuku ditumbuknya kuat sebelum tubuhku yang basah dek penangannya didakap. Pegun seketika aku dengan kerenah Izzan.



"Rindulah kat akak. Dah takda kita nak ajak bergaduh. Abang Eskandar susah nak dikalahkan sebab dia besar. Akak nak tahu tak Abang Es dah curi-curi gunting rambut Izzan semalam? Bukan satu sentimeter tapi seinci!"aduhnya.



"What? Mana Abang Es ni? Akak nak bagi dia pengajaran sikit. Berani dia buat adik-adik perempuan akak macam ni. Abang Es! Mana abang ni ha? Mana abang per.."

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now