BAB 33 PART 3

293 24 0
                                    

MEMANG dah termaktub dalam genetik seorang Lara Darlisa yang kepalanya tak mampu mencapai paras ketinggian kotak yang aku angkat ni. Ya. Kotak lagi. Banyak betul coach suruh aku angkat bawa masuk dewan. Prop baharu lagi ke? Entahlah. Aku malas nak ambil tahu. Takut coach tuduh aku penyibuklah pulak.



"Coach. Lama lagi ke nak masuk dewan? Kaki saya dah lenguh ni," aduhku sebelum kepala menyembul ke tepi. Lelaki berbaju sweatshirt hitam itu mengerlingku di belakang. Sempat aku nampak bibirnya melakar senyum.



"Kenapa coach senyum? Sukalah tu dera saya pagi-pagi ni? Coach tahu tak yang saya ni ikhlas? Coach tak rasa bersalah ke bila ambil kesempatan atas keikhlasan saya ni?"soalku geram.



"Jangan nak mengada, Pikachu. Kekuatan itu mesti ada kalau awak nak pertahankan diri depan orang jahat lagi. Kalau awak lembik, macam mana nak melawan?"



Ceramah motivasi yang ke-109 kali. Ya aku kira setiap kali dia bagi aku ceramah motivasinya itu. Makin lama kami kenal makin dia suka pulak dera tulang-temulang aku. Rasanya dah berbulan aku asyik tatap muka dia aje. Tak cukup di sini, kat rumah aku nampak dia lagi kat tv. Haisy!



"Tak apa. Kalau awak tak larat, biar saya tolong."



Terbuntang sedikit mataku saat Azri mengambil kotak dari tanganku. Jealous sekejap sebab dia mampu angkat benda tu dengan sebelah tangan. Apasal tadi aku buat kotak tu macam angkat dumbbell aje eh?



"Finally. Hero saya dah datang. Saya ingatkan Super Man tak wujud. Yang saya tahu, Hulk aje yang wujud. Tapi Hulk tu jahat. Dia suka dera saya." Sengaja aku mengerling coach yang sudah pun memandang aku lain macam itu.



"Buat apa kat sini Azri? Bukan saya kata hal pihak penganjur tu kita bincang esok ke?"soalnya dengan nada tegas.



Azri tergelak kecil. Dipandangnya aku kat sini dengan senyuman manis.



"Nothing important. Just want to see her. Dah lama kita tak jumpa kan beauty? Rindu nak bawak awak makan-makan lagi. Apa kata lepas latihan ni kita pergi makan donat Big Apple?"



Aku angguk laju tapi mata pandang coach. Macam dia tak suka aje aku pergi makan dengan Azri. Mungkin sebab banyak kerja lagi yang aku kena siapkan. Biasalah. Selalunya, aku dan coach orang terakhir yang balik sebab kitorang banyak nak uruskan.



"Boleh ke Zasy?"soal Azri mula mengendurkan senyuman. Mungkin perasan dengan riak tegas coach itu. Coach ketap rahang seketika sebelum dia mengangguk perlahan.



"It's okay. You can go but Lara needs to finish her job first. No excuses,"ujarnya sebelum melangkah masuk ke dalam dewan. Kaku aku dibuatnya.



"Mampuslah. Aku rasa Zasy tengah bad mood kat aku tu sebab tak halang Shaleha datang aparment dia kelmarin."



Azri aku pandang. Nampaknya lelaki itu serabut memikirkan hal itu. Rambutnya diraup banyak kali.



"Kenapa? Apa yang dah jadi?"



"Shaleha datang rumah Zasy dengan kunci pendua. Entah macam mana dia dapat kunci tu. Bila daddy tak dapat cari dia, dia terus call saya untuk cari Syah. Saya memang tahu sangat perangai adik saya tu sebab tulah saya pergi rumah Zasy. Memang dia selalu pergi situ tanpa pengetahuan siapa-siapa. Masuk sahaja dalam rumah tu, saya terus nampak Shaleha cuba nak masuk dalam bilik Zasy."



Aku ketap bibir. Tidak menyangka yang Shaleha begitu terdesak sampai sanggup nak pecah masuk rumah orang dengan kunci pendua.



"Nampaknya saya kena perhatikan adik saya setiap masa. Kadang-kadang dia jadi macam orang yang tak waras. Mama pun dia selalu lawan inikan orang lain."

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now