BAB 35 PART 3

338 26 0
                                    

GAMBAR pernikahan aku siang tadi aku tatap dengan hati yang sedikit sebak. Begitu gembira aku melihat senyuman orang-orang di sekeliling. Antara semua, senyuman ummi dan maklah yang paling lebar.



"Tanggungjawab abah tak ada untuk Lara sekarang. Zasy sekarang dah jadi suami, Lara. Lara sebagai isteri kena taat kepada suami Lara. Layan dia elok-elok. Ingat, melayari bahtera rumah tangga ni banyak cabarannya. Sebab itulah suami isteri kena pandai mengemudinya. Kalau tak, silap sikit boleh karam bahtera tu."



Terngiang-ngiang semua kata-kata abah siang tadi. Abah cakap macam tu sewaktu aku dan Zasy duduk bersama makan di meja makan. Masih aku teringat bagaimana hangatnya tanganku digenggam oleh Zasy. Aku tak tahu kena dia tiba-tiba genggam. Mungkin sebab nak bagi sokongan hati kat aku yang dah mula sebak time tu. Haahlah. Cara abah cakap pun macamlah aku ni nak berhijrah jauh sampai ke United State.



"Lara tak tahu nak buat apa sekarang abah. Berdebar sangat jantung ni. Macam tak percaya yang Lara betul-betul akan dimiliki hari ni,"gumamku perlahan sambil mengusap-ngusap gambar yang terpampang di skrin telefon itu.



Berat helahan nafas aku. Sebak mulai menghurungi dada.



"Lara bukan anak manja abah dengan mak lagi dah. Lara dah jadi bini manja coach,"gumamku lagi seraya tergelak kecil. Tapi mataku tetap bergenang dengan air mata.



Aku tak tahu. Tapi bersediakah aku untuk laksanakan misi aku sebagai isteri yang baik untuk seorang Khazasy Asyhairil?



Bertitis air jernih jatuh membasahi gaun nikahku. Simple sahaja sebab aku tak nak susah-susah nak heret gaun labuh sana-sini. Gaun ini pun Khazasy yang pilihkan sewaktu kami pergi ke butik pakaian nikah hari tu. Tersenyum nipis aku mengingatkan yang dia pandai memilih gaun.



"Kenapa masih duduk kat sana lagi? Bukan lepas ni kita nak solat ke?"



Tersentak aku dengar suara garau itu. Ya. Suara garau yang aku anti sejak beberapa jam ni. Malu aku nak tatap muka tu lama-lama. Sebab aku yakin, kalau aku pitam pasti koma seminggu terus!



"Ha.. Ya.. Saya nak bersiaplah ni,"ujarku kalut tanpa memandangnya. Laju aku berdiri dari duduk. Dengan tertunduk aku berjalan menuju ke kamar mandi tapi tanganku lantas dicengkam Khazasy.



"Kenapa ni? Bukan coach suruh saya bersiap ke tadi? Saya nak bersiaplah ni. Nak mandi dulu." Tergagap sedikit.



Untuk sekian kali aku ingin melepaskan pergelangan tanganku dari cengkamannya itu. Telan liur aku bila daguku diangkatnya. Buntang mata aku dibuatnya.



Luluh semangat!



"Why are you being so weird, Pikachu? Ada something wrong ke kat muka abang yang Lara tak nak tengok?"soalnya dingin.



Makin terbeliak mataku dibuatnya. What? Abang?! Oh no no no!



"Err.. Tak ada apa-apa. Muka.. A...Ab..Abang elok aje Lara tengok. Masih kacak macam selalu,"jawabku masih tidak mahu memandangnya. Tapi makin aku tak nak pandang, makin dia berusahalah nak suruh aku pandang dia. Ditariknya tanganku hingga jarak kami menjadi terlalu rapat. Aku mulai sesak nafas.



"Pandang abang sekarang."



Geleng.



"Lara.. Kalau Lara tak nak pandang abang, abang akan.."



Terus aku angkat kepala laju. Akhirnya mata kami bertaut. Senyum nipis dia bila aku pandang dia. Cengkaman di daguku dilepaskan. Walaupun kepalaku terangkat, mataku tetap juga hendak melarikan diri daripada menjadi tatapan mata redup itu.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now